Oleh Natirah Azira • 21 Apr 2020 • 2 min baca
Tinggal dua hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan Bulan Ramadan yang mulia. Ekoran kawalan pergerakan yang tidak membolehkan orang ramai bergerak bebas bagi membendung penularan COVID-19, umat Islam pasti sedang menyiapkan diri untuk rutin ibadah yang berbeza bagi Ramadan kali ini.
Pihak haramain.info juga telah mengeluarkan panduan solat taraweh di Kota Mekah dan Madinah di laman Twitter miliknya. Berikut bagaimana ibadah Taraweh akan dijalankan di sana:
#1– Taraweh akan dijalankan tanpa melibatkan kehadiran orang ramai, hanya petugas masjid sahaja.
#2– Bilangan rakaat solat Taraweh dipendekkan kepada 10 rakaat (6 + 4 + witr).
#3– Bacaan Doa Qunut akan dipendekkan.
#4– Sesi berbuka puasa (iftar) beramai-ramai tidak akan diadakan di Kota Mekah dan Madinah, hanya bekalan makanan berbuka akan diagihkan kepada orang ramai.
#5– ‘Iktikaf tidak akan diadakan di Kota Mekah dan Madinah.
#6– Bacaan Al-Quran akan diperdengarkan antara waktu Taraweh dan Qiamullail (Tahajud).
#7– Khatam Al-Quran adalah pada malam ke 29 semasa Qiamullail (Tahajjud).
#8– Pemeriksaan kesihatan akan terus dijalankan di pintu masuk kawasan Haram keatas semua pekerja dan sesiapa yang hadir untuk menunaikan solat jenazah.
Sekalipun langkah yang diambil ini akan menyebabkan perubahan besar dalam suasana Ramadan tahun ini, namun ia adalah usaha yang mustahak bagi memelihara kepentingan nyawa orang ramai yang jauh lebih besar.
Jadi, bagaimana pula agaknya nanti suasana Taraweh di tempat anda?
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.