Berita

MyCareCoV19 – Inisiatif JAKIM Buat Individu Yang Perlukan Bimbingan Emosi Dan Nasihat

Oleh Natirah Azira  •  14 Apr 2020  •  2 min baca

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berjalan hampir sebulan. Bagi sesetengah orang, hal ini dilihat sebagai peluang berharga untuk melakukan aktiviti dan menghabiskan masa bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa tempoh PKP ini juga mampu meningkatkan masalah lain seperti konflik keganasan rumah tangga atau kelesuan emosi terutama bagi mereka yang memang sudah sedia ada berhadapan dengan masalah ini. Masakan tidak, lebih banyak masa perlu dihabiskan di dalam rumah bersama pasangan dan keluarga berbanding sebelum ini.

Malah ada laporan mengatakan bahawa aduan tentang keganasan rumah tangga meningkat sepanjang tempoh PKP. Ia adalah hal yang membimbangkan dan perlu diberi perhatian sewajarnya.

Justeru, kempen MyCareCoV19 telah diwujudkan bagi memberi ruang kepada orang ramai yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk mendapatkan bimbingan kaunseling, nasihat berkenaan pengurusan emosi malah nasihat perundangan berkaitan masalah yang dihadapi.

Seramai 8 orang petugas dan 20 orang kaunselor akan bersedia di Bilik Gerakan MyCareCoV19 di bangunan JAKIM bagi menyediakan servis atas talian kepada kumpulan sasar ini. Antara khidmat yang disediakan ialah bimbingan isu:

– Kekeluargaan
– Kemasyarakatan
– Kerohanian
– Nikah dan cerai
– Remaja
– Ilaj Syarie
– Usrah Interaktif

Program ini akan turut disiarkan sebagai segmen dalam rancangan bual bicara pagi ‘Assalamualaikum’ pada setiap hari, jam 8 hingga 8.30 melalui Siaran TV Al-Hijrah serta segmen MyCareCoV19 Interaktif di Radio IKIM dan Nasional FM.

Inisiatif ini juga mendapat kerjasama agensi lain di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bilik gerakan MyCareCoV19 boleh dihubungi melalui talian 03-8870519/7527/7528 atau emel iaitu [email protected]


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami