Gaya Hidup

Hari Lahir Dalam Tempoh PKP – Ini Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Oleh Fizah Lee  •  7 Apr 2020  •  3 min baca

Apabila dibuka di laman sosial, ramai yang memuat naik posting berbaur lawak kepada mereka yang menyambut hari lahir dalam musim kuarantin ini.

Bagi sesetengah orang, menyambut hari lahir bersendirian terutamanya tanpa ibu bapa di sisi adalah suatu perkara yang agak menyedihkan.

Ada juga yang kelihatan terbiasa dengan situasi ini kerana norma kehidupannya yang tidak menyambut hari-hari istimewa seperti ulang tahunnya.

Namun, buat mereka yang sudah terbiasa dengan sambutan-sambutan hari lahir dan hari istimewa, pastinya terasa kekosongan pada waktu ini.

Jadi, entri kali adalah untuk memberi beberapa tips buat anda untuk menyanbut hari lahir anda pada musim kuarantin ini dengan gembira dan untuk menghilangkan kekosongan yang anda rasa.

#1 – Isinya Dengan Pengisian Rohani

Pengisian rohani tidak semestinya menunaikan solat semata-mata. Namun, ia adalah lebih luas daripada itu.

Hari anda boleh dimulakan dengan memasang zikir atau lagu nasyid yang boleh mendekatkan diri anda kepada Allah.

Waktu inilah anda boleh melatih diri anda untuk solat di awal waktu mahupun ditambah dengan solat-solat sunat seperti Dhuha dan Hajat.

Zahirkan rasa syukur anda kepadaNya kerana masih lagi diberi nafas untuk hidup pada hari ini walau dunia sedang diancam bahaya penyakit berjangkit.

Apabila kita berada dalam situasi wabak ini, kita dapat lihat kematian sungguh dekat dengan kita. Setiap hari, ada sahaja kes kematian yang direkodkan.

Justeru, bersyukurlah kepadaNya untuk peningkatan umur anda kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada anda untuk bernafas dengan sihat.

#2 – Membuat Panggilan Video Kepada Yang Tersayang

Jika anda terkandas di universiti mahupun di rumah sendiri, berjauhan dengan ahli keluarga dan sahabat handai, ia bukanlah halangan untuk anda kekal berhubung dengan mereka.

Anda boleh membuat panggilan video mahupun panggilan telefon secara biasa bersama mereka. Banyak aplikasi yang telah wujud seperti Skype, WhatsApp dan juga Zoom untuk membantu anda kekal berhubung bersama yang tersayang.

Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada orang tua anda kerana telah melahir dan membesarkan anda sehingga ke hari ini.

#3 – Elakkan Bersedih Dan Lakukan Aktiviti

Kesihatan mental pada waktu-waktu PKP ini perlulah dijaga. Ia tidak boleh diabaikan kerana boleh mengakibatkan masalah yang besar kepada emosi anda, terutamanya jika yang tinggal bersedirian.

Elakkan bersedih dan cuba untuk mencari aktiviti yang boleh meghiburkan hari anda. Sebagai contoh, anda boleh membaca buku sama ada yang berbentuk digital atau tidak. Dalam masa yang sama, ia boleh membantu otak anda untuk berfikir dengan lebih terbuka.

Selain itu, anda boleh menonton rancangan menarik yang ada di siaran televisyen dan juga Iflix mahupun Netflix. Tontonlah rancangan yang boleh mengimbau kenangan anda di waktu lampau ataupun yang boleh menghiburkan anda.

Atau anda boleh mula belajar memasak. Tidak tahu atau tidak ada masa bukan lagi alasan sekarang!

Jika anda mempunyai rakan serumah yang boleh diajak untuk beraktiviti bersama, anda boleh mengajak mereka bermain permainan seperti PS4, Saidina, Sahibba dan banyak lagi. Dalam masa yang sama ia boleh membantu mengeratkan ukhwah anda.

Kesimpulan

Sebenarnya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah untuk menyambut ulang tahun kelahiran anda. Tidak perlu menempah kek kerana anda boleh lakukannya sendiri. Seperti kata Dr Zulkifli al-Bakri, inilah masanya untuk anda tunjukkan kreativiti anda.

Anda hanya perlu melihat dari sudut yang positif dan bersyukur dengan apa yang diperoleh hari ini. Banyakkan berdoa agar episod wabak ini akan segera berakhir.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami