Hukum, Ibadah

Ketahui Garis Panduan Pengurusan Jenazah COVID-19

Oleh Fizah Lee  •  1 Apr 2020  •  4 min baca

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengeluarkan garis panduan tatacara pengurusan jenazah orang Islam yang meninggal akibat wabak COVID-19.

Ia dikeluarkan sebagai salah satu dokumen rujukan dan panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam pengendalian pengurusan jenazah mereka yang dijangkiti.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi pendidikan serta pengetahuan kepada umat Islam mengenai tatacara pengurusan jenazah ini dengan betul dari segi syarak.

Ia adalah selari dengan ketetapan serta dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang juga mengikut syarak dan memenuhi ketetapan Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI.

#1 – Pengesahan kematian kes COVID-19 dilakukan oleh hospital atau pusat perubatan yang berkenaan.

#2 – Hospital atau pusat perubatan tersebut akan memaklumkan kepada:

a) Jabatan Perundangan Forensik (JPF), MORTUARI,
b) Penolong Pegawai kesihatan Persekitaran (PPKP)
c) Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri (JAIN atau MAIN)
d) Waris

#3 – Waris dan hospital yang berkenaan akan membuat proses pengecaman jenazah.

#4 – Seterusnya, hospital berkenaan akan mengeluarkan permit pengebumian.

#5 – Pihak hospital akan menyediakan peralatan untuk menguruskan jenazah termasuk Personal Protective Equipment (PPE) yang merangkumi:

a) Sarung tangan getah
b) Apron plastik
c) Pelindung mata
d) Mask (topeng muka)
e) Body bag
f) 2 helai kertas A4 untuk meletak debu tanah tayammum
g) Debu tayammum secukupnya (Disediakan oleh JAIN atau MAIN)

#6 – Pihak hospital atau pusat perubatan berkenaan akan melakukan proses pengurusan jenazah dengan membalut jenazah. Kaedahnya adalah seperti berikut:

a) Lapisan pertama: Dibalut dengan linen putih
b) lapisan kedua: Dibalut dengan body bag yang pertama
c) Lapisan ketiga: Dibalut dengan body bag yang kedua.
d) kemudian semburan nyah kuman akan dilakukan sebagai lapisan yang ketiga

#7 – Pihak JAIN atau MAIN (yang bertanggungjawab) akan melakukan proses tayammum jenazah. Ia akan dilakukan seramai tiga orang petugas, iaitu seorang petugas tayammum dan dua orang petugas solat jenazah.

Petugas ini adalah mengikut jantina jenazah tersebut. Ia dilakukan ke atas jenazah yang telah siap dibungkus dengan lapisan ketiga (seperti tatacara enam) dan dilakukan mengikut hukum syarak, iaitu:

a) Petugas perlu berada dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh pihak KKM.
b) Debu tayammum hendaklah diletakkan pada dua helai kertas A4 yang berbeza.
c) Mereka perlu memastikan kedua-dua belah tapak tangan yang bersarung berada dalam keadaan bersih.

Tatacara tayammum kemudian akan dimulakan dengan beberapa langkah seperti berikut:

a) Kedua-dua tapak tangan tersebut akan dilekapkan ke atas permukaa debu tayammum yang pertama.
b) Debu tayammum yang berada di tapak tangan hendaklah ditipiskan.
c) Petugas tayammum berniat bertayammum ke atas jenazah.
d) Kedua-dua tapak tangan tersebut akan disapukan ke atas muka jenazah (yang sudah dilapisi balutan tadi).
e) Kemudian, baki debu tersebut akan dibersihkan.
f) kedua-dua tapak tangan tersebut akan dilekapkan ke atas permukaan debu tayammum yang kedua.
g) Kemudian, petugas akan memulakan sapuan tangan kanan ke bahagian tangan kanan jenazah (yang sudah dilapisi balutan), bermula dari hujung jari hingga ke siku dan diikuti dengan tangan kiri dengan langkah yang sama.

#8 – Ahli waris atau sesiapa sahaja adalah tidak dibenarkan memeluk, mencium dan menyentuh jenazah. Hal ini adalah bagi mengelakkan jangkitan tersebut dariada merebak.

#9 – Solat Jenazah pula perlu dilaksanakan di ruangan yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Manakala, hanya dua orang petugas yang telah ditetapkan oleh Jain atau MAIN sahaja yang dibenarkan menunaikan solat jenazah.

Petugas tayammum tadi adalah terkecuali kerana tidak dibenarkan menyolatkan jenazah. Jarak di antara imam dan jenazah adalah sebanyak satu meter dan jarak di antara imam dan makmum juga adalah satu meter.

#9 – Proses pengebumian jenazah pula dilakukan oleh JAIN, MAIN dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Ahli waris juga dibenarkan untuk melaksanakan proses ini dengan syarat:

a) Tidak melakukan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.
b) Tidak disyaki dijangkiti COVID-19.
c) Orang yang mempunyai gejala penyakit ini.

Proses ini dilakukan dengan tidak melebihi empat orang termasuk ahli waris dan ia akan diselia oleh PKD, MAIN, JAIN atau Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Semua yang terlibat dalam prosedur ini wajib membersihkan diri mengikut garis panduan yang telah disediakan oleh pihak KKM.

Tatacara ini telah dirujuk kepada Resolusi Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac 2020 dan juga Kementerian kesihatan Malaysia melalui Annexe 20 – Guidelines COVID-19 Management in Malaysia.

Sumber:
Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam – COVID-19
Sumber gambar daripada ulamasedunia.org


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami