Berita

Arab Saudi Halang Perjalanan Keluar Masuk Namun Haji Masih Dalam Pertimbangan

Oleh Fizah Lee  •  26 Mar 2020  •  2 min baca

Berikutan dengan virus COVID-19 yang menjejaskan seluruh negara, Arab Saudi juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghalang perjalanan keluar masuk orang awam.

Dilaporkan, negara tersebut telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantungkan penerbangan antarabangsa, penutupan sementara sekolah-sekolah dan universiti serta menutup seketika ruang untuk menunaikan umrah.

Terkini, Arab Saudi telah mengambil langkah untuk melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya yang bermula pada Khamis, hari ini pukul 3 petang dan dijangka berakhir pada Isnin, 13 April.

Sebelum ini, perintah berkurung tersebut diarahkan berjalan pada pukul 7 petang sehingga enam pagi bermula Isnin lepas, iaitu 23 Mac. Namun, perintah itu diketatkan lagi dengan perintah berkurung sepenuhnya pada hari ini dan diawalkan kepada pukul 3 petang.

Mekah, Madinah dan Riyadh dihalang daripada perjalanan keluar dan masuk sepenuhnya dalam masa 21 hari ini.

Wabak COVID-19 yang mula melanda negara itu telah meragut dua nyawa setakat ini dengan kematian kedua yang telah dilaporkan semalam dan angka kes yang positif telah meningkat sebanyak 133 yang menjadikan jumlah terkini sebanyak 900 kes.

Buat masa ini, Nawaf bin Saeed al-Maliki berkata, kerajaan Arab Saudi masih belum memutuskan mengenai pembatalan Haji tahun ini. Kerajaan masih menimbang tara untuk menghentikan ibadah Haji tahun ini.

Keputusan akan diambil berdasarkan perkembangan semasa yang ditunjukkan. Adapun, jika keputusan itu dibuat, ia akan diumumkan dalam masa yang sesuai.

Sumber:
News Box
Middle east Eye


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami