Gaya Hidup, Keluarga

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Dalam Tempoh Kuarantin Ini

Oleh Fizah Lee  •  18 Mar 2020  •  3 min baca

Berikutan dengan pengumuman yang telah dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas rakyat Malaysia yang berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, rakyat disaran duduk di rumah bagi mencegah penularan wabak ini.

Walaupun ramai pihak yang masih lagi dilaporkan bekerja, namun sudah ada segelintir pihak yang telah diarahkan bercuti atau bekerja dari rumah yang telah melaksanakan arahan tersebut.

Rentetan daripada itu, semua aktiviti telah dihadkan dan rakyat disaran untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dek bahayanya wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan ini. Masing-masing memainkan peranan yang penting bagi membendung dan memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 ini.

Buat mereka yang berkumpul bersama keluarga di rumah, mungkin anda masih memikirkan aktviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga. Hal ini bagi mengelakkan mereka daripada mudah bosan kerana tidak terbiasa dengan pergerakan yang tidak bebas.

Oleh itu, entri kali ini adalah untuk menyarankan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga di samping untuk mengeratkan perhubungan kalian.

#1 – Menonton Televisyen Bersama

Bukan mudah untuk mendapat peluang berkumpul bersama ahli keluarga. Jika dilihat pada rutin harian anda, kesibukan jadual kadang-kadang mengehadkan waktu anda bersama anak-anak, bahkan sesama suami isteri juga.

Oleh itu, ambil peluang untuk menonton bersama. Bagi anda yang ada anak-anak kecil, pasti anda tidak ingin mereka bimbang dan khuatir dengan keadaan semasa. Oleh itu, cuba cari siaran yang boleh menarik perhatian mereka dan membuatkan mereka seronok.

#2 – Mengemas Rumah Bersama

Ini ialah masa yang sesuai untuk bersuka-ria bersama ahli keluarga. Mungkin sukar untuk keluar bersama bagi melakukan aktiviti riadah. Namun, anda boleh mengambil inisiatif lain dengan membersihkan halaman rumah atau di dalam rumah sendiri.

Aktiviti ini, di samping boleh mengeratkan hubungan, ia juga boleh membantu anda semua mengeluarkan peluh dan kekal sihat.

#3 – Mengajar Anak-Anak Mengenai Kebersihan Dan Sains

Waktu inilah anda boleh mengambil peluang untuk mengajarkan mengenai kebersihan yang menjadi titik utama dalam penjagaan kendiri. Anda boleh mengajarkan mereka mengenai peri pentingnya kebersihan yang boleh menjadi salah satu penghalang kepada virus ini daripada terus tular.

Banyak video berkenaan sains dan juga kebersihan yang tular di media sosial. Tinggal anda pilih sahaja video yang bersesuaian dengan anak-anak anda.

#4 – Siapkan Kerja-Kerja Yang Tertangguh

Buat anda yang perlu bekerja dari rumah, ia tidak bermaksud anda boleh mengabaikan kerja itu begitu sahaja. Siapkan kerja-kerja anda sama ada yang tertangguh atau yang baru diperoleh bagi memudahkan urusan anda kelak.

jangan ambil remeh berkenaan hal ini kerana ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik.

#5 – Video-Call Dengan Orang Jauh

Manakala, buat anda yang ingin pulang menjenguk ibu bapa atau saudara-mara di kampung, lupakan terlebih dahulu hasrat tersebut. Dalam waktu ini, adalah lebih baik untuk menjaga jarak sosial bagi membendung virus ini.

Pada waktu inilah, anda boleh memanfaatkan teknologi yang ada. Gunakan ia kepada jalan yang benar. Anda boleh menelefon ibu anda di kampung atau jika masing-masing mempunyai rangkaian internet yang baik, kalian boleh membuat panggilan video.

Kesimpulan

Dalam waktu ini, masing-masing perlu memainkan peranan yang betul bagi membantu meredakan keadaan. Setiap manusia adalah hero yang sebenar apabila mereka mampu memainkan peranan yang ada.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami