Ibadah

Tanda-Tanda Husnul Khatimah

Oleh Fizah Lee  •  5 Mar 2020  •  3 min baca

Berita kematian setiap hari datang menjengah kita. Dalam kita sedar atau tidak, ada sahaja berita orang yang meninggal sama ada disebabkan kebakaran, kemalangan jalan raya mahupun sakit yang dialami.

Mungkin hari ini kita tidak ambil peduli kerana berita kematian tersebut bukanlah berlaku kepada diri sendiri atau ahli keluarga terdekat. Namun, suatu hari nanti kita sendiri akan merasanya kerana kematian itu tidak akan lambat mahupun cepat sesaat pun.

Mafhum: “Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekali pun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa, 4:78)

Disebabkan itu, kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian. Berdoa dan meminta kepadaNya agar kematian yang bakal tiba datang dalam keadaan yang baik dan kita sendiri akan mati dalam keadaan husnul khatimah (kematian yang baik).

Seperti kisah-kisah kematian yang sering kita dengar, pasti terbit perasaan cemburu apabila melihat ramai yang menghadiri pemakaman dan memuji kebaikan serta amalan yang pernah dilakukan semasa hidup.

Apabila mendengar kisah ini juga, ramai yang mendoakan kesejahteraan si mati dan kebaikan buatnya di alam sana. Inilah bukti bahawa Allah memuliakan hamba-hamba yang dikehendakiNya. Antara tanda husnul khatimah yang lain ialah;

#1 – Mengucap Kalimah Syahadah

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ

Maksud: “Barangsiapa yang akhir perkataannya; ‘Tiada tuhan melainkan Allah,’ nescaya dia akan memasuki syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 3316)

#2 – Dahinya Berpeluh

مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ

Maksud: “Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.” (Hadis Riwayat Tirmizi, 982)

#3 – Meninggal Kerana Melahirkan

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ

Maksud: “Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira syahid.” (Hadis Riwayat Ibn Kathir, no. 5869)

#4 – Yang Kebaikannya Disebut-Sebut

Dari Anas bin Malik RA berkata; “Mereka dilalui dengan kumpulan yang mengusung jenazah, lalu mereka memujinya dengan kebaikan. Maka, Nabi SAW menjawab: “Wajib.” Kemudian, lalu lagi jenazah yang lain dan mereka membicarakan keburukannya. Maka, Nabi SAW berkata: “Wajib.”

Umar Al-Khattab lantas bertanya: “Apakah yang wajib itu, wahai Rasulullah?” Nabi SAW kemudian menjawab:

هَذَا أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ خَيْرًا فَوَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ ، وَهَذَا أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ شَرًّا فَوَجَبَتْ لَهُ النَّارُ ، أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِى الأَرْضِ

Maksud: “Yang kalian puji kebaikannya, maka wajib ke atasnya syurga. Dan yang kalian sebutkan keburukannya, maka wajib baginya neraka. Kalian adalah saksi-saksi Allah di muka bumi.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1367)

Kesimpulan

Oleh itu, sentiasa berdoa kepada Allah agar kematian yang datang menjemput nanti dalam keadaan kita sedang melakukan amal kebaikan dan bersedia untuk menghadapinya.

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة

Maksud: “Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik) dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah (pengakhiran yang buruk).”

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami