Gaya Hidup

Adakah Wanita Yang Melakukan IVF Perlu Menjalani Iddah?

Oleh Natirah Azira  •  4 Mar 2020  •  2 min baca

Apabila terputusnya sebuah ikatan perkahwinan baik kerana perceraian atau kematian si suami, seorang isteri perlu melalui tempoh menunggu atau berkabung yang dipanggil iddah.

Antara hikmahnya adalah bagi membolehkan wanita mempunyai ruang dan masa untuk bertenang, di samping memastikan rahimnya benar-benar suci bagi memelihara nasab anak yang hadir selepas itu.

Jika dilihat kepada hukum asal, wanita yang tidak pernah disetubuhi dalam perkahwinan tidak perlu melalui tempoh iddah jika bercerai.

Tetapi bagaimana pula tempoh iddah bagi wanita yang menjalani prosedur IVF (tetapi tidak pernah melakukan hubungan persetubuhan) yang kemudian berpisah dengan suaminya?

Ibnu Hajar al-Haitami meyebutkan dalam Kitab Tuhfah al-Muhtaj bahawa apabila dimasukkan sahaja mani si suami ke dalam faraj si isteri, maka wanita itu tetap perlu melalui tempoh iddah jika bercerai atau suaminya meninggal dunia.

Dr Muhammad Zuhaili mengikut Mazhab Syafie juga menyimpulkan bahawa,

وسواء كانت المرأة حاملا أو حائلا, كبيرة أو صغيرة, عاقلة أو مجنونة ولو بمجرد استدخال مني الزوج

Maksudnya: Sama ada wanita itu hamil atau tidak, dewasa atau kanak-kanak, berakal atau gila, meskipun hanya dimasukkan mani sahaja (ke dalam faraj). Lihat kitab al-Mu’tamad (4/260)

Kesimpulannya, seorang isteri yang menjalani proses IVF masih dikenakan iddah apabila bercerai atau suaminya meninggal sekalipun dia tidak pernah melakukan persetubuhan. Wallahua’lam.

Nota kaki:

*IVF (In Vitro Fertilization) adalah proses persenyawaan ovum dan sperma di luar rahim (di luar badan manusia). Ia menjadi pilihan pasangan suami isteri apabila kaedah biasa menemui kegagalan.

Baca juga:
Iddah – Hikmah Tempoh Menunggu Buat Wanita

Rujukan:
Tempoh Iddah Bagi Wanita


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami