Gaya Hidup

Ancaman Terhadap Mereka Yang Memutuskan Silaturahim

Oleh Fizah Lee  •  28 Feb 2020  •  2 min baca

Sukar untuk memaafkan kesalahan seseorang apabila mereka melakukan kesilapan. Tidak ingin bertegur-sapa disebabkan rasa amarah dan benci terhadap perbuatan yang pernah dilakukan terhadap kita.

Apabila kita bergaduh dan munculnya rasa amarah terhadap seseorang, pasti pemikiran kita akan dikaburi oleh kesilapan-kesilapan mereka sedangkan sebelum ini hubungan anda dengan seseorang itu baik.

Adakalanya ada yang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan persaudaraan atau persahabatan tersebut disebabkan kejadian-kejadian yang melanda.

Walau bagaimanapun, Allah melarang untuk memutuskan silaturahim kerana hak terhadap manusia itu perlu dijaga. Jagalah hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Dalam masa yang sama, jika terdapat permasalahan dan sengketa yang berlaku, maka wajib ke atasnya untuk memperbaiki masalah tersebut.

Menerusi beberapa dalil yang telah diturunkan, Allah akan memberikan ancaman yang berat kepada mereka yang mengambil keputusan untuk memutuskan silaturahim.

#1 – Dilaknat Oleh Allah

فَهَلْ عَسَيْتُمْ إِن تَوَلَّيْتُمْ أَن تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَتُقَطِّعُوا أَرْحَامَكُمْ

أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّـهُ فَأَصَمَّهُمْ وَأَعْمَىٰ أَبْصَارَهُمْ

Mafhum: “(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan – jika kamu dapat memegang kuasa – kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat. (Orang yang melakukan perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya.” (Surah Muhammad, 47:22-23)

#2 – Ancaman Tidak Masuk Syurga

لاَ يَدْخُلُ الجَنَّةَ قَاطِعٌ

Maksud: “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2408)

#3 – Akan Disegerakan Balasan Di Dunia

مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللَّهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِثْلُ الْبَغْيِ وَقَطِيعَةِ الرَّحِمِ

Maksud: “Tidaklah sebuah dosa yang lebih pantas untuk disegerakan balasannya di dunia dan juga di samping yang sedang menantinya di hari akhirat dibandingkan dengan dosa menzalimi manusia dan dosa memutuskan silaturahim.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4902)

Kesimpulan

Bahaya akibatnya jika seseorang itu memutuskan silaturahim. Hal ini bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan sesama manusia sendiri. Jika berlaku persengketaan, selesaikanlah dengan cara yang baik dan bukan terikut dengan emosi.

Maafkan dan ambil pengajaran atas setiap apa yang berlaku. Belajar dari pengalaman supaya ia tidak akan terjadi lagi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami