Kematian menjengah tidak kira masa. Kadang-kadang pada waktu yang paling tidak diduga. Menguruskan jenazah dengan baik dan sempurna hingga ke liang lahad pula adalah tanggungjawab dan penghormatan terakhir yang boleh kita berikan kepada si mati.
Nabi SAW juga apabila telah mengebumikan jenazah, baginda akan berdiri sejenak di samping kubur dan akan menyeru orang ramai yang hadir supaya mendoakan si mati.
Nabi SAW apabila selesai memakamkan jenazah, beliau berdiri di samping kuburannya, lalu bersabda,
“Mintakanlah ampunan untuk saudara kalian, dan mintalah keteguhan untuknya. Kerana saat ini dia sedang diuji.” (HR. Abu Daud, no.3221, Al-Hakim, no.1372, al-Baghawi dalam Syarhus Sunah, no.1523 dan sanadnya disahihkan ad-Dzahabi)
Hal ini kerana, mayat tersebut sedang berhadapan dengan Malaikat Munkar dan Nakir yang akan hadir bertanya amalan si mati.
Diharuskan juga untuk menyampaikan talqin setelah menguburkan jenazah untuk memperingati orang-orang yang masih hidup yang mendengar. Selain itu, bacakanlah doa buat si mati supaya Allah memberikan keampunan dan keteguhan buatnya.
“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu”.
Selain itu, kita juga boleh membaca doa ringkas berikut:
(Allahum-maghfir lahuu)
Ya Allah, ampunilah dia.
(Allahumma tsabbit huu)
Ya Allah, berilah keteguhan kepadanya.
Doa ini boleh dilakukan secara berseorangan dan tidak perlu secara beramai-ramai. Maka sesiapa pun yang hadir, lelaki atau perempuan, yang berada dekat atau jauh dengan kubur ketika itu boleh juga membacanya. Wallahua’lam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.