Gaya Hidup

Bagaimana Cara Menghormati Orang Yang Lebih Tua

Oleh Fizah Lee  •  21 Feb 2020  •  2 min baca

Menghormati orang yang lebih berusia merupakan salah satu nilai murni yang perlu diterapkan kepada anak-anak. Dewasa ini, kita melihat ramai anak muda yang hilang sikap murni dan hormat kepada warga emas. Sedangkan, nilai sivik yang diterapkan sejak di bangku persekolahan merupakan perkara yang perlu diamalkan.

Sedangkan, Islam mengajar kita untuk menghormati golongan yang lebih tua. Ia merupakan salah satu kunci kepada keamanan dan kebahagiaan kepada kehidupan kita sendiri.

#1 – Menghormati Dan Memuliakan Mereka

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُوَقِّرْ كَبِيرَنَا

Maksud: “Bukan termasuk golongan kami, mereka yang tidak menghormati orang-orang lanjut usia di antara kami.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 6937)

#2 – Memberi Salam Kepada Mereka

يُسَلِّمُ الصَّغِيرُ عَلَى الكَبِيرِ،وَ الرَّاكِبُ عَلَى المَاشِي

Maksud: “Hendaklah orang yang lebih muda mengucapkan salam kepada mereka yang lebih tua dan hendaklah orang yang berkenderaan mengucapkan salam kepada pejalan kaki.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6231)

#3 – Berbicara Dengan Penuh Kelembutan

Para sahabat sangat menghormati orang-orang yang lebih tua dengan memanggil mereka dengan gelaran sopan dan juga menggunakan bahasa yang baik. Dari Abu Umamah bin Sahl RA:

صَلَّيْنَا مَعَ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ العَزِيزِ الظُّهْرَ، ثُمَّ خَرَجْنَا حَتَّى دَخَلْنَا عَلَى أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ فَوَجَدْنَاهُ يُصَلِّي العَصْرَ، فَقُلْتُ: يَا عَمِّ مَا هَذِهِ الصَّلاَةُ الَّتِي صَلَّيْتَ؟ قَالَ: العَصْرُ، وَهَذِهِ صَلاَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّتِي كُنَّا نُصَلِّي مَعَهُ

Maksud: “Kami solat Zuhur bersama ‘Umar bin Abdul Aziz, kemudian kami pergi menemui sahabat Anas bin Malik dan kami melihat beliau sedang solat Asar. Aku berkata kepada beliau: “Wahai pak cik, solat apa yang sedang engkau tunaikan?” Anas bin Malik menjawab: “Solat Asar. Ini adalah solat Baginda SAW yang dulunya kami kerjakan bersama Baginda.”(Hadis Riwayat Bukhari, no. 549)

Jika dilihat juga sebuah kisah sahih yang diceritakan mengenai kisah cucu Baginda, iaitu Saidina Hasan dan Husin yang menegur seorang lelaki tua yang tersilap ketika mengambil wuduk. Mereka menegur dengan cara yang baik tanpa memalukan dan mengguris hatinya.

#4 – Mendahulukan Mereka Dalam Perkara

كَبِّرْ كَبِّرْ

Maksud: “Dahulukanlah yang lebih tua. Dahulukanlah yang lebih tua.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6655)

Kita lihat para sahabat sangat menghormati orang yang lebih tua. Ibnu Umar sendiri pernah memberi ruang kepada sahabat yang lebih tua darinya untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh Baginda SAW.

Kesimpulan

Memberi ruang kepada orang tua bukanlah semata-mata kerana anjuran yang ditekankan dalam Islam, namun dalam masa yang sama ia adalah untuk menghormati mereka.

Jika anda melihat warga emas atau mereka yang lebih memerlukan sedang berdiri di dalam LRT, atau di tempat menunggu bas, berilah peluang kepada mereka untuk duduk.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami