Oleh Natirah Azira • 13 Feb 2020
(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan, diterbitkan oleh iLovUALLAH)
Kata Ustaz Nouman, Al-Quran diturunkan kepada manusia kerana dua sebab utama.
Pertama, adalah untuk sentiasa mengingatkan manusia kerana manusia sentiasa lupa. Setiap kali manusia lupa, mereka masih ada tempat untuk merujuk semula.
Kedua, untuk memberi rasa cinta dalam hati manusia. Ini kerana, apabila seseorang itu menghayati kata-kata Allah, dia akan merasa tenang, tenteram dan cinta kepadaNya.
Justeru, berazamlah untuk memahami apa yang ada di dalam Quran dan apa yang tersimpan di sebalik kata-kataNya. Usah risau jika kita tidak tahu atau tidak mempunyai apa-apa asas ilmu agama sekalipun, kerana sekali kita berniat untuk memahami kitab Al-Quran, maka percayalah Allah akan mula membuka jalan perlahan-lahan menujuNya.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.