Ibadah

Perlukah Menghentikan Solat Apabila Dipanggil Ibu

Oleh Natirah Azira  •  13 Feb 2020  •  2 min baca

Ibu, mama, emak – insan yang mempunyai kedudukan yang sangat istimewa dalam hidup kita dari kecil hingga dewasa. Itulah insan yang menjadi tempat kita berlindung dan mendapat kasih sayang.

Pentingnya kedudukan mereka sehingga digambarkan bahawa syurga seorang manusia adalah di bawah tapak kaki ibu. Malah dalam Islam, Rasulullah SAW mengingatkan sebanyak tiga kali bahawa ibulah orang yang paling perlu ditaati barulah seorang ayah.

Betapa berat perintah mentaati ibu sehingga ada disebutkan bahawa ketika solat sekalipun, seseorang itu perlu menyahut panggilan ibu. Adakah penyataan ini benar?

وَلا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ

Maksudnya: Dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu. (Surah Muhammad 33)

Pada asalnya, seseorang itu dilarang untuk membatalkan ibadah yang sedang dilakukan. Walau bagaimanapun larangan ini hanyalah untuk ibadah wajib sahaja seperti puasa pada bulan Ramadan dan juga solat fardhu.

Pendapat ini juga ada disebutkan oleh Ibn Hajar al-Haitami. Menurut beliau ayat di atas yang melarang membatalkan ibadah bermaksud haram membatalkan amalan fardu sahaja, sedangkan bagi ibadah sunat, diharuskan untuk membatalkannya berdasarkan hadis.

“Seseorang yang berpuasa sunat, jika dia mahu dia boleh teruskan berpuasa, dan jika mahu dia juga boleh berbuka.” (Jami’ al-Tirmizi, no. 732)

Maka jika sedang mengerjakan solat sunat, seseorang itu wajib membatalkannya jika diketahui bahawa ibu bapa akan geram, marah atau berkecil hati jika panggilan tidak disahut. Selain itu, perlu juga untuk menyahut jika mereka dalam keadaan memerlukan.

Namun, jika diyakini ibu bapa tidak akan marah atau berkecil hati, solat sunat boleh diteruskan seperti biasa. Usai sahaja solat, sahutlah panggilan mereka segera dan mintalah maaf. Wallahua’lam.

Rujukan: Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami