Diceritakan bahawa apabila seseorang yang banyak dosa meninggal dunia, dan amalannya tidak mencukupi untuk menyelamatkannya di akhirat kelak, dia merayu kepada Tuhan agar diberi masa dan dikembalikan semula ke dunia hanya untuk bersedekah.
Mereka merayu dengan berkata, “…Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh” (Surah Al-Munafiqun 63:10)
Mereka tidak meminta diberi masa untuk melakukan solat, melakukan ibadah haji dan lain-lain tetapi hanya sedekah.
Besarkah ganjaran sedekah sehingga ia seolah-olah menjadi talian hayat yang terakhir?
Sesungguhnya setiap orang akan menunggu di Padang Mahsyar kelak, masing-masing akan menunggu untuk diadili dalam keadaan panas, dahaga di sebalik lautan manusia. Apakah yang dapat mengurangkan sedikit kesusahan pada waktu tersebut?
Ya, amalan sedekah yang menjadi amalan sewaktu di dunia.
Setiap orang akan berada di bawah naungan sedekahnya, hingga diputuskan perkara-perkara di antara manusia.” (HR. Ahmad dan Al-Hakim, dicatatkan dalam Kitab Sahih Al-Jami’)
Sungguhpun begitu, orang yang memberi sedekah masih lagi tidak terselamat jika amalan sedekah tersebut telah dikotori dengan tindakan-tindakan seperti di bawah:
Orang yang memberi sedekah kemudian mengungkit sedekah yang diberi ibarat menghina dan merendah-rendahkan maruah si penerima.
Malah Imam Syafie pernah mengingatkan supaya tidak menerima kebaikan daripada orang yang suka mengungkit-ungkit, kerana ungkitan seseorang boleh melukai hati dan lebih sakit daripada tusukan tombak. Malah, hal ini juga dapat menghalang daripada rasa tidak puas hati pada masa hadapan.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (Surah Al-Baqarah 2:264)
Orang yang memberi sedekah tetapi berniat untuk diketahui dan dipuji orang adalah orang yang masih mengharapkan kemuliaan di dunia. Mereka masih ingin namanya disebut-sebut oleh orang sedangkan dia tidak menyedari bahawa pahala sedekahnya semakin berkurang.
Sedekah boleh menyelamatkan dan boleh juga memperdaya. Bayangkan seseorang yang selalu bersedekah di dunia, dan di akhirat dia berharap sedekah itu mampu menyelamatkannya, namun segalanya menjadi debu yang langsung tidak berilai kerana rasa riak yang ada.
Sebaliknya tidak mengapa jika kita bersedekah kerana ingin mengharapkan ganjaran dan manfaatnya daripada Allah sahaja. Manfaatkanlah waktu yang masih ada dan peliharalah amalan sedekah sebaiknya.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.