Inspirasi

Kisah Pendosa Yang Tawaduk

Oleh Natirah Azira  •  10 Feb 2020

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari, diterbitkan oleh Cocombee)

Ada suatu kisah yang diceritakan tentang seorang alim dari golongan ahli kitab pada zaman Bani Israil. Kerana kezuhudan dan kealimannya, Allah memberikan karamah kepadanya berupa awan yang sentiasa menaungi perjalanan.

Pada suatu hari orang alim ini berjalan, dan dari kejauhan dia melihat seorang pendosa yang diketahui sentiasa melakukan maksiat.

Saat bertembung dengan pendosa tersebut, terdetik dalam hatinya – mengatakan bahawa itulah pendosa yang banyak melakukan maksiat kepada Allah. Tanpa sedar, dia merasakan dirinya lebih baik.

Sedangkan dalam hati pelaku maksiat itu terdetik rasa malu dan rendah diri bahawa dirinya adalah orang yang melakukan banyak kesalahan dan jauh bezanya jika dibandingkan dengan orang alim tersebut.

Tanpa sedar perkara itu sudah memberi kesan yang besar. Awan itu kemudiannya telah beralih menaungi pendosa tersebut. Lalu Allah menurunkan wahyu kepada nabi pada zaman tersebut supaya memberitahu apa yang telah terjadi kepada mereka berdua – Allah telah menyuruh kedua-duanya memulakan kembali amalan mereka.

Bagi orang alim itu, amalannya telah terhapus kerana rasa riak.
Bagi pendosa tersebut pula, amalan dosanya juga telah dihapus oleh Allah kerana ada rasa tawaduk.

Iman dalam diri boleh naik dan turun. Disebabkan itu kita perlu sentiasa muhasabah diri agar tidak terjatuh ke dalam perangkap riak yang menipu daya.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami