Keluarga

Cegah Penderaan Kanak-Kanak Daripada Semakin Meningkat

Oleh Fizah Lee  •  23 Jan 2020  •  2 min baca

Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, had umur mereka adalah di bawah umur 18 tahun dan mereka masih lagi berada di bawah tanggungan kanak-kanak. Mereka merupakan aset penting buat negara dan masyarakat dalam menentukan corak pembangunan negara pada masa hadapan.

Walau bagaimanapun, berita mengenai kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan dari masa ke masa semakin meningkat. Paling mengejutkan ialah apabila kes penderaan tersebut datangnya daripada ahli keluarga sendiri selain penjaga mereka.

Menurut analisis yang dilakukan berdasarkan laporan kes penderaan kanak-kanak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan 4982 kes yang dilaporkan pada tahun 2016 dan ia meningkat kepada 5537 kes pada 2017. Lebih mengejutkan adalah peningkatan ini berlaku saban tahun dan semakin membimbangkan semua.

Antara kes tertinggi yang menyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak adalah dari kategori penderaan fizikal yang membawa kepada kerosakan organ, otak dan tubuh badan serta boleh membawa kepada kematian.

Analisis statistik ini diikuti dengan penderaan emosi, seksual, pengabaian pengawasan dan juga hak asasi. Ibu bapa sepatutnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan menyempurnakan hak kanak-kanak ini agar tiada lagi kes-kes seperti ini yang dilaporkan.

Mempunyai ilmu agama dan juga matlamat yang jelas dalam rumah tangga merupakan salah satu kunci penting untuk membawa keluarga anda kepada kesejahteraan. Kanak-kanak merupakan insan yang tidak bersalah dan mereka memerlukan didikan yang jitu daripada orang tua mereka sendiri.

Anak merupakan amanah Allah yang wajib disayangi dan dijaga dengan baik, bukannya diabaikan seolah-olah lahirnya mereka di bumi merupakan sebuah kesalahan dan dosa yang perlu ditanggung oleh mereka sendiri.

Terdapat beberapa kalam Allah di dalam Al-Quran yang menceritakan perihal mereka, antaranya ialah:

#1 – Anak Sebagai Anugerah

يَهَبُ لِمَن يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَن يَشَاءُ الذُّكُورَ

Mafhum: “Ia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.” (Surah Al-Syura, 42:49)

#2 – Anak Sebagai Ujian

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّـهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Mafhum: “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah At-Taghabun, 64:15)

#3 – Anak Sebagai Permata Hati

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ

Mafhum: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya.” (Surah Furqan, 25:74)

Kesimpulan

Ada pasangan yang belum dikurniakan anak dan hari-hari mereka berdoa menadah tangan kepada tuhan dengan penuh sabar agar dikurniakan anak.

Oleh itu, bersyukurlah dengan nikmat dan kurniaan yang diberikan Allah kepada anda serta jagalah anak-anak tersebut dengan memenuhi hak dan tanggungjawabnya.

Rujukan:
Mufti Wilayah
Myhealth.gov


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami