Site icon Tazkirah

Adakah Solat Sunat Nikah Dilakukan Selepas Akad?

Sumber gambar dari Pengantinbaru.com.my

Majlis akad nikah dalam Islam selalunya dilakukan di masjid atau di rumah pengantin perempuan. Ia akan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan.

Kebiasaannya yang banyak dilihat, pasangan pengantin akan mengambil peluang untuk melakukan solat sunat nikah bersama-sama sebaik sahaja selesai majlis akad.

Namun, benarkah waktu yang dianjurkan untuk melakukan solat sunat ini adalah selepas selesai upacara akad nikah?

Amalan melakukan solat sunat ini boleh dirujuk kepada beberapa athar daripada perbuatan para sahabat.

Diceritakan seorang lelaki telah datang bertemu Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:

إِنِّي تَزَوَّجْتُ جَارِيَةً شَابَّةً، وَإِنِّي أَخَافُ أَنْ تَفْرَكَنِي قَالَ: فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ: إِنَّ الْإِلْفَ مِنَ اللَّهِ، وَالْفَرْكَ مِنَ الشَّيْطَانِ، يُرِيدُ أَنْ يُكَرِّهَ إِلَيْكُمْ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ، فَإِذَا أَتَتْكَ فَمُرْهَا أَنْ تُصَلِّيَ وَرَاءَكَ رَكْعَتَيْنِ.

Maksudnya: Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku.

Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat dibelakangmu dua rakaat”. (Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya, no. 17156)

Daripada amalan para sahabat ini, kita mengetahui bahawa solat sunat yang dianjurkan di sini bukan seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada masa sekarang – iaitu pengantin lelaki dan perempuan melakukan solat sunat sebaik sahaja selesai akad nikah.

Ia wajar dilakukan di bilik ketika suami memasuki untuk bertemu/mendatangi isteri dan bukan dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah. Wallahua’lam.

Rujukan:
Mufti Wilayah

Exit mobile version