Hukum

Bolehkah Umat Islam Menghadiri Majlis Perkahwinan Di Gereja

Oleh Fizah Lee  •  7 Jan 2020  •  2 min baca

Menjelang tahun baru ini, ramai di antara kenalan kita yang akan melangsungkan perkahwinan sama ada sahabat handai, ahli keluarga mahupun jiran tetangga.

Bukan itu sahaja, ada juga kenalan kita yang bukan beragama Islam juga akan menghantar undangan kepada anda yang beragama Islam. Ada juga di antara kita yang mempunyai keluarga bukan Islam yang akan melangsungkan perkahwinan.

Ekoran daripada itu, wujud beberapa persoalan berkenaan ini, iaitu adakah dibolehkan menghadiri undangan perkahwinan oleh bukan Islam dan bagaimana pula jika dilakukan di gereja atau tempat ibadah masing-masing?

Boleh Menghadiri Undangan Perkahwinan Dengan Syarat

Para ulama berbahas mengenai hukum menghadiri perkahwinan golongan bukan Islam. Seperti yang kita sedia maklum, memenuhi undangan itu adalah wajib hukumnya, namun adakah pengaplikasiannya juga sama terhadap bukan Islam?

Menurut jumhur ulama Mazhab Syafi’e, sunat hukumnya untuk menghadiri jemputan daripada keluarga atau jiran yang bukan Islam.

Hal ini bermaksud, dibolehkan untuk menghadiri undangan namun perlu dilihat pengisian yang terkandung di dalamnya. Jika ia mempunyai hiburan yang melampau, hidangan yang haram seperti arak dan juga perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah seseorang muslim, maka adalah lebih baik untuk dielakkan daripada menghadirinya.

Memetik pendapat yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah berkenaan majlis yang dilakukan di gereja – Diharuskan untuk menghadirinya.

Ia diambil daripada pandangan Ibn Qudamah dan Al-Mawardi juga Imam Hasan Al-Basri, Umar Abdul Aziz dan Imam Al-Bahuti. Mereka berpendapat bahawa diharuskan menghadiri dan menyaksikan perkahwinan di gereja bahkan disunatkan jika perkahwinan itu terdiri daripada ahli keluarga atau mampu untuk memberi sumbangan kepada dakwah Islam.

Kesimpulan

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk bergaul dan bersosial sama ada dengan umat Islam mahupun bukan Islam.

Oleh itu, tiada kesalahan untuk menghadiri perkahwinan bukan Islam sama ada di gereja mahupun di tempat lain dalam masa yang sama perlu dipastikan juga akan pengisian majlis tersebut.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami