Wanita

Nike Mendatangkan Baju Renang Mesra Aurat Wanita Pada Februari 2020

Oleh Fizah Lee  •  2 Jan 2020  •  2 min baca

Siapa yang tidak mengenali jenama NIKE, sebuah jenama pengeluar sukan terkemuka dan sangat berpengaruh di dunia sehingga kebanyakan orang mengganggap jenama ini sebagai jenama nombor 1 di dunia.

Ramai atlet seperti Michael Jordan, Maria Sharapova dan Cristiano Ronaldo merupakan antara nama besar yang telah mengikat kontrak dengan NIKE sebagai duta mereka.

NIKE yang telah diasaskan pada 1964 oleh Blue Ribbon Sports telah mengeluarkan pelbagai jenis produk untuk memudahkan setiap manusia bersukan seperti pelbagai jenis kasut yang bersesuaian dengan jenis sukan dan kaki masing-masing.

Terkini, NIKE telah melaporkan bahawa mereka bakal mengeluarkan pakaian sukan renang khusus buat muslimah yang terdiri daripada Nike Victory Full-Coverage Swimsuit yang bertutup sepenuhnya dan juga Nike Victory Swim Tunic, iaitu pilihan pakaian yang dijual secara berasingan seperti hijab renang serta legging.

Rekaan kali ini sekali gus telah menjadikan rekaan yang sangat ditunggu terutamanya oleh atlet wanita kerana material baju renang ini telah diperbuat daripada fabrik yang kenyal, ringan, dan memberi ruang untuk kulit bernafas.

Menurut Martha Moore, Pengarah Pusat Kreatif Nike, rekaan kali ini membawa sebuah dimensi baru bersempena dengan tahun baru ini bagi menggalakkan para wanita lebih berani untuk menceburkan diri dalam sukan sekali gus merasai sendiri keseronokannya.

Tambahnya lagi, kini para wanita boleh bersukan tanpa berasa malu di samping boleh mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat tanpa rungsing mengenai aurat lagi.

Rekaan baru ini akan mula berada di pasaran pada 1 Februari 2020 dan para wanita boleh mula mendapatkannya di laman sesawang produk tersebut.

Sumber:
Nike Victory Swim Collection


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami