Buat anda yang bergelar ibu bapa, apa perasaan anda apabila melihat anak-anak anda membesar? Gembira itu sudah pasti, namun mungkin juga terselit sedikit kerisauan mengenai perihal anak-anak.
“Bagaimana dengan masa depan anakku?”
“Adakah dia akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah?”
Itu semua mungkin pernah bermain di benak fikiran anda tatkala melihat tumbesaran mereka. Dalam masa yang sama, anda akan cenderung untuk berfikir yang bukan-bukan terutamanya apabila dihidangkan dengan berita-berita berkenaan masalah dan sosial kanak-kanak mahupun remaja.
Sukar untuk mendidik dan membesarkan anak-anak kita hari ini ditambah dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat dan ia semua berlaku di luar kawalan kita. Walau bagaimanapun, menjadi tugas dan tanggungjawab ibu bapa untuk terus memantau dan mendidik mereka tanpa berputus asa.
Anak itu adalah amanah dan mereka dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibarat kain putih yang belum kotor dan dihiasi dengan warna. Menjadi tugas penjaga mereka untuk menggalas amanah tersebut dengan baik.
Banyak kisah yang kita dengar mengenai masalah sosial anak-anak seperti ada yang sudah pandai bercinta ketika usianya yang baru sahaja di bangku sekolah rendah, kanak-kanak yang sudah tahu perkara-perkara lucah dan sebagainya.
Semua itu sedikit sebanyak membimbangkan ibu bapa terutamanya yang bekerja sepenuh masa, pasti tidak mempunyai ruang yang banyak untuk diluangkan bersama. Dengan itu, anak-anak lebih cenderung untuk berkongsi dengan rakan sebaya.
Ibu dan bapa seharusnya bekerjasama memantau dan mendidik anak-anak. Bukan menjadi tugas ibu sahaja atau si bapa sahaja untuk mendidik. Menjadi sebuah kesalahan juga apabila kedua-duanya meletakkan tanggungjawab mendidik kepada guru-guru di sekolah.
Semuanya perlu berganding bahu dengan tugas dan peranan masing-masing. Pendidikan itu bukan sekadar ilmu duniawi tetapi juga berkaitan dengan adab, ilmu agama dan juga perkara akhirat.
Sesuaikan pembelajaran anak-anak dengan masa dan zaman. Pastikan anda tidak terlalu bebas dalam mendidik anak-anak dan dalam masa yang sama tidak terlalu mengongkong.
Anda merupakan guru pertama buat anak-anak. Oleh itu, jadikan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka di dunia ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
Wallahu a’alam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.