Oleh Fizah Lee • 26 Dec 2019 • 2 min baca
2019 makin hampir ke penghujungnya. Masing-masing sedang menghitung hari untuk memasuki tahun baru dengan azam dan impian baru. Pasti setiap dari kita akan memperbaharui impian dan azam agar tahun baru dipenuhi dengan semangat.
Walau bagaimanapun, apabila ditanya mengenai azam lama sama ada sudah tercapai atau belum, masing-masing akan menjawab tidak atau sukar untuk mencapainya.
Apabila masih wujud azam yang belum tercapai, kebanyakannya akan membawa azam lama ke tahun baru. Ada yang ingin merebut anugerah dekan, ada yang ingin kurus, ada yang ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dek sukarnya untuk mencapai matlamat tersebut, segelintir daripada mereka akan berputus asa daripada mencapainya dan cenderung untuk melupakan.
“Susahnya nak naik pangkat. Lepas ini aku tidak mahu pasang impian ini lagi. Biarlah tak naik pangkat daripada terus berharap.”
Berputus asa daripada mencapai impian merupakan salah satu perbuatan yang tidak dianjurkan dalam Islam. Apabila wujudnya perasaan putus asa, maka adalah lebih baik untuk sentiasa memperbaharui niat dan azam tersebut agar ia tidak terbengkalai begitu sahaja.
Mafhum: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar, 39:53)
Allah akan sentiasa membantu hambaNya yang betul-betul berusaha. Cuba untuk mencari kembali semangat anda yang hilang dengan menukar atau memperbaharui strategi untuk mencapai misi anda tersebut.
Jika anda malas bersenam tetapi ingin kurus, cuba untuk kawal pengambilan makanan sama ada dalam kuantiti yang sedikit atau makan makanan yang sihat.
Kebanyakan daripada kita biasanya akan mempunyai azam yang sama, contohnya ingin kurus atau turun 10 kg. Namun, tiada strategi atau cara yang tepat dalam mencapainya.
Oleh itu, apa kata muhasabah semula apa yang telah anda lakukan untuk mencapai azam 2019 ini dan cuba lihat dari sudut mana yang perlu diperbaiki jika ia belum tercapai.
Jika azam itu sesutu yang baik dan menginspirasikan, jangan segera berputus asa tetapi teruslah kental dalam menggapainya.
Baca juga:
3 Perkara Yang Perlu Difahami Sebelum Meletakkan Matlamat
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.