Berita, Gaya Hidup

Dr Farah Roslan Reka Tudung ‘Pakai Buang’ Pertama Di Hospital UK

Oleh Natirah Azira  •  19 Dec 2019  •  2 min baca

Tidak berapa lama dahulu kita ada mendengar tentang kisah rekaan tudung Dr Elies untuk kegunaan anggota polis Muslim di luar negara. Kini kita menyaksikan kreativiti seorang lagi doktor Malaysia beragama Islam yang bertugas di United Kingdom iaitu Dr Farah Roslan dalam isu pemakaian tudung di hospital.

Antara etika yang perlu dipatuhi oleh petugas-petugas perubatan ini adalah dari sudut pemakaian yang bersih bagi menyelakkan jangkitan kuman.

Walau bagaimanapun, Dr Farah menceritakan pernah diminta meninggalkan bilik bedah bagi mengelakkan jangkitan kuman kepada pesakit.

“Saya memakai tudung yang sama sepanjang hari yang ternyata tidak begitu bersih dan sesuai”

Menyedari bahawa titik temu perlu dicari antara kepatuhan kepada agama dalam etika pemakaian dan juga keperluan yang perlu dipatuhi semasa bekerja, beliau akhirnya datang dengan idea baru bagi menyelesaikan masalah ini.

Caranya adalah dengan mencipta tudung ‘steril’ pakai buang untuk kegunaan petugas hospital beragama Islam. Ketika itu beliau masih dalam tempoh latihan di Hospital Royal Derby dan Burton NHS Trust.

Gill Tierney, perunding pakar bedah serta mentor kepada Farah Roslan berkata penggunaan tudung ‘steril’ pakai buang ini dipercayai yang pertama diperkenalkan di United Kingdom.

Isu pemakaian tudung di bilik bedah adalah isu tidak ‘popular’ dan tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Justeru, usaha yang tidak memakan kos yang banyak ini diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada semua.

Beliau sangat gembira kerana dapat menyumbangkan idea ini dan berharap penggunaannya dapat diperluaskan ke peringkat antarabangsa.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami