Ibadah

Yang Dimaksudkan Dengan Tidak Tergesa-Gesa Dalam Berdoa

Oleh Fizah Lee  •  16 Dec 2019  •  2 min baca

“Doa itu seperti kayuhan basikal. Cepat atau lambat pasti akan sampai ke destinasi yang dituju. Teruskan berdoa walaupun ia belum terjawab.”

Setiap manusia pasti akan meletakkan pengharapannya kepada tuhan, siang dan malam akan berdoa dengan hajat yang diingini. Bukan sahaja umat Islam, malah semua penganut kepada setiap agama pun pasti percaya akan kuasa doa.

Namun, sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita akan mudah berputus asa apabila sesebuah doa itu tidak dikabulkan. Belum sempat ia dikabulkan, hati kita sudah berkata;

“Cukuplah berdoa dengan doa ini. Sudah lama sangat dan hasilnya tidak kelihatan.”

Malah, pelbagai lagi kata-kata misteri yang muncul di sebalik benak fikiran setiap manusia yang mengharapkan sesuatu dengan segera namun Allah menguji tahap kesabarannya.

Kita tidak akan tahu, bila doa-doa yang dipohon akan dikabulkan oleh Allah SWT. Disebabkan itu, Baginda SAW menganjurkan umatnya untuk bersabar dan tidak tergesa-tesa dalam berdoa.

Bagaimana tergesa-gesa dalam berdoa? Ini adalah penerangan berdasarkan sabda Baginda SAW:

لَا يَزَالُ يُسْتَجَابُ لِلْعَبْدِ مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ, مَالَمْ يَسْتَعْجِلْ, قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا الِاسْتِعْجَالُ؟ قَالَ يَقُولُ: قَدْ دَعَوْتُ وَقَدْ دَعَوْتُ فَلَمْ أَرَ يَسْتَجِيبُ لِي فَيَسْتَحْسِرُ عِنْدَ ذَلِكَ وَيَدَعُ الدُّعَاءَ

Maksud: “Sentiasa (doa) seorang hamba itu dikabulkan selama dia tidak memohon akan dosa, iaitu memutuskan silaturahim dan melakukannya dalam keadaan tergesa-gesa.” Baginda SAW ditanya: “Apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?” Baginda menjawab: “Orang yang berdoa mengatakan: ‘Aku telah berdoa. Dan aku benar-benar telah berdoa tetapi Allah SWT tidak mengabulkan doaku.’ Kemudian dia telah berhenti berdoa dan meninggalkannya.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah, no. 881)

Sabarlah Dalam Berdoa

Baginda SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa sabar dan tidak pernah berputus asa ketika berdoa. Seharusnya, sebagai seorang hamba, pengharapan yang diletakkan kepada Allah itu perlu tinggi kerana rahmat Allah Maha Luas.

Kita tidak tahu dengan cara apa Allah SWT akan mengabulkan doa-doa yang telah dipinta dan bila ia akan dikabulkan.

Malah, menurut perbahasan ulama lagi, doa akan dikabulkan dengan tiga cara, iaitu:

#1 – Dikabulkan serta-merta

#2 – Doa yang disimpan untuk waktu lain

#3 – Doa yang diganti dengan terhindar daripada bahaya

Oleh itu, teruskan berdoa bukan dalam keadaan tergesa-gesa kerana ia merupakan perbuatan orang-orang yang rugi.

وَلَا تَيْأَسُوا مِن رَّوْحِ اللَّـهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللَّـهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Mafhum: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, 12:87)

Wallahu a’alam.

Baca juga:
Cara Allah Memakbulkan Doa

Rujukan:
Masjid Parlimen Umat oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawiy


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami