Site icon Tazkirah

Selagi Seorang Hamba Mengucapkan Kalimah Ini, Allah Akan Memasukkan Ke Dalam Syurga

SHAYTAN DOES NOT WANT YOU TO KNOW THIS

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Imam Omar Suleiman, dibawakan oleh ILuvAllah)

Sifat rahmah Allah sangat luas bukan hanya pada orang-orang yang baik dan soleh sahaja tetapi termasuk orang yang sering melakukan dosa. Hingga dikatakan bahawa orang yang sering berbuat dosa juga akhirnya akan masuk syurga. Hal ini diceritakan oleh Abu Dzar Al-Ghifari, seorang sahabat yang dikenali sangat jujur dan tidak akan menipu.

Abu Dzar berkata bahawa, Rasulullah SAW bersabda bahawa,

Tidak ada orang yang beriman yang menyebutkan ‘Laa Ila Ha Illallah’ dan dia mati melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.

Abu Dzar bertanya kembali Nabi SAW; “Wa in zanaa wa saraq?” (Walaupun seseorang itu berzina dan mencuri?”

Lalu Nabi SAW menjawab “Wa in zanaa wa saraq” (Ya, walaupun seseorang itu berzina dan mencuri)

Abu Dzar bertanya kembali Nabi SAW; “Wa in zanaa wa saraq?” (Walaupun seseorang itu berzina dan mencuri?)

Lalu Nabi SAW menjawab “Wa in zanaa wa saraq” (Ya, walaupun seseorang itu berzina dan mencuri)

Soalan ini diulang oleh Abu Dzar hingga kali keempat dan masih dijawab dengan jawapan yang sama oleh Nabi SAW.

Meskipun Abu Dzar tidak menyukai apa yang didengari, namun itulah yang akan dilakukan oleh Allah kepada semua hamba-hambaNya yang beriman.

Kemudian Abu Dzar pun berlalu.

Abu Abdullah memberi ulasan tentang hadis ini dalam kitab Bukhari dan mengatakan bahawa golongan yang disebutkan dalam hadis di atas adalah mereka yang benar-benar bertaubat sebelum dia meninggal dunia dan bersaksi bahawa Allah adalah TuhanNya dan Muhammad SAW adalah rasul, maka Allah akan mengampunkan segala dosanya dan akan memasukkannya ke dalam syurga.

Sebelum melakukan dosa, syaitan sentiasa memujuk manusia untuk melakukan kejahatan dan mengatakan tidak akan ada apa-apa yang berlaku namun setelah manusia melakukan dosa, syaitan akan membuat manusia putus asa daripada bertaubat dan akan menjauhkan diri mereka daripada Allah.

Itulah tipu daya syaitan yang tidak disedari oleh manusia.

Exit mobile version