Gaya Hidup

Cara Memotong Rambut Mengikut Trend Yang Dilarang Dalam Islam

Oleh Natirah Azira  •  14 Nov 2019  •  2 min baca

Gaya penampilan manusia sering berubah-ubah seiring dengan perubahan trend dalam sesuatu zaman. Hal ini tidak terhad hanya kepada kaum wanita malah kaum lelaki juga. Jika wanita, fokus gaya penambilan lebih kepada cara menggayakan tudung, pemilihan corak pakaian serta cara untuk memadankan pakaian, lelaki juga tidak jauh bezanya. Selain pakaian, fokus lelaki pula termasuk gaya potongan rambut.

Jika pada zaman 90an dahulu kita sempat melihat potongan rambut gaya ‘mohawk’ dan ‘spike’ menjadi pilihan anak muda, namun sekarang gaya potongan rambut lelaki semakin berevolusi kepada pelbagai bentuk dengan nama yang bermacam jenis lagi.

Potongan Gaya Rambut Yang Dilarang Dalam Islam

Di dalam Islam, cara potongan rambut juga perlu mengikut panduan tertentu. Antara potongan yang tidak dibenarkan ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan bahagian rambut yang lain. Gaya begini dipanggil qaza’. Jika diteliti, ramai yang sebenarnya telah mengikut potongan rambut yang dilarang dalam Islam ini tanpa disedari.

Menurut Syeikh Muhammad bin Salih Al ‘Utsaimin rahimahullah, qaza’ adalah menggundul (mencukur habis) sebahagian rambut di kepala dan membiar sebahagian rambut yang lain.

Terdapat beberapa jenis potongan rambut yang dilarang antaranya:

1. Mencukur habis secara berurutan, iaitu mencukur bahagian di sebelah kanan, lalu bahagian kiri, bahagian depan kepala dan tengkuknya.

2. Mencukur habis bahagian tengah dan membiarkan di bahagian lainnya.

3. Mencukur bahagian tepi kiri dan kanan rambut lalu meninggalkan rambut di bahagian tengah sahaja.

4. Mencukur bahagian hadapan kepala sahaja dan membiarkan bahagian lain.

Hukum Memotong Rambut Gaya Qaza’

Hukum Qaza’ telah digariskan sebagai makruh. Nabi SAW juga pernah menegur seseorang yang menggundulkan sebahagian rambutnya lalu membiarkan bahagian lain. Rasulullah menyuruh agar lelaki tersebut mencukur keseluruhannya, atau membiarkan keseluruhannya.

“Cukurlah seluruhnya. Atau biarkanlah seluruhnya.”

Larangan ini juga ada disebutkan oleh Ibnu Umar. Ia berkata,

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – نَهَى عَنِ الْقَزَعِ

“Rasulullah SAW melarang qaza’.” (HR. Bukhari, no. 5921 dan Muslim, no. 2120)

Dalam keterangan yang lain, Imam Nawawi RA menjelaskan bahawa para ulama berijma’ (sepakat) bahawa qaza’ itu dimakruhkan jika rambut yang digundul tempatnya berbeza-beza (misalnya: depan dan belakang gundul, bahagian tepi tidak gundul, -pen) kecuali jika dalam situasi penyembuhan penyakit dan seumpamanya. Yang dimaksud makruh di sini adalah makruh tanzih (ertinya: sebaiknya ditinggalkan). … Ulama mazhab Syafi’iyah melarang qaza’ secara mutlak termasuk laki-laki dan perempuan.” (Syarh Shahih Muslim, 14: 101)

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada perbincangan ini ialah – jika membuat potongan rambut gaya qaza’, maka hukumnya makruh tanzih. Namun jika mengikut gaya orang kafir contohnya potongan Mohawk Balotelli, maka ia haram kerana termasuk dalam larangan menyerupai agama lain. Wallahua’lam.

Rujukan:

Mufti Wilayah Persekutuan
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami