Sejarah

Masjid Faisal Pakistan Yang Terbesar Di Dunia

Oleh Fizah Lee  •  11 Nov 2019  •  2 min baca

Pada tahun 1966, Raja Faisal bin Abdul Aziz dari Arab Saudi telah menyuarakan idea untuk membina sebuah masjid di Pakistan.

Ia mula dibangunkan pada 1976 oleh National Construction of Pakistan yang dipimpin oleh Azim Khan dengan pembinaan lebih daripada 130 juta Riyal Saudi Arabia.

Masjid ini selesai dibina sepenuhnya pada tahun 1986 dan ia merupakan hasil karya arkitek dari Turki, iaitu Vedat Dalokay.

Vedat Dalokay telah berjaya memenangi anugerah The Aga Khan Architectural Award terhadap projek pembinaan masjid ini.

Masjid ini dinamakan sebagai Masjid Faisal bagi memberi penghormatan di atas idea tersebut. Ia merupakan tempat ibadah yang sangat cantik dan besar sehingga mampu memuatkan jemaah yang ramai.

Ia mempunyai pelbagai kelengkapan lain seperti perpustakaan, muzium Islam, ruang untuk ceramah agama dan juga kafe.

Masjid ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadat, malah ia merupakan tempat bagi International Islamic University yang mampu menempatkan sehingga 700 orang mahasiswa.

Apa yang menariknya, masjid ini menyediakan ruang solat khusus untuk perempuan. Hal ini jarang berlaku di Pakistan kerana golongan perempuan di Pakistan lebih digalakkan untuk menunaikan solat di rumah.

Dalam kawasan masjid ini juga ditempatkan makan Almarhum Zia Ul-Haq, iaitu bekas Presiden Pakistan. Maka ini dikatakan sentiasa diziarahi oleh para jemaah.

Masjid yang berada di Ibu kota Pakistan ini bukan sahaja yang terbesar di kawasan Asia Selatan malah yang terbesar di dunia.

Sumber:
Masjid Raja Faisal


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami