Site icon Tazkirah

Gambaran Bidadari Syurga Menurut Al-Quran

Bidadari merupakan wanita daripada syurga yang membawa maksud حور, iaitu teramat putih kulitnya dan matanya kehitam-hitamanan.

Allah menciptakan bidadari untuk hamba-hambaNya yang beramal soleh dan layak untuk memasuki syurga.

Mereka ini merupakan ciptaan Allah yang sangat cantik dan menghuni syurga dalam keadaan yang sentiasa muda dan tidak tua, mempunyai sifat kasih sayang dan keadaan perawan.

كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ

Mafhum: “Demikianlah kepadanya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.” (Surah Ad-Dukhan, 44:54)

Sifat bidadari syurga ini telah dijelaskan Allah melalui kalamNya;

#1 – Wanita Yang Suci

وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Mafhum: “Dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Surah Al-Baqarah, 2:25)

#2 – Cantik Rupa Paras

فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ

Mafhum: “Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya.” (Surah Ar-Rahman, 55:70)

#3 – Yang Menundukkan Pandangan

فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ

Mafhum: “Di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. Maka, yang mana satu di antara nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.” (Surah Ar-Rahman, 56-58)

Wallahu a’alam.

Exit mobile version