Sejarah

Perang Ain Jalut Yang Terjadi Pada Hari Jumaat

Oleh Fizah Lee  •  25 Oct 2019  •  2 min baca

Perang Ain Jalut telah berlaku pada 3 September 1260 atau pada 25 Ramadan 658 H. Peperangan ini telah terjadi antara orang Islam Turki, Mesir dan bangsa Mongol, Palestin.

Ain Jalut merupakan nama sebuah tempat yang terletak antara bandar Bisan dan Nablus, iaitu lebih kurang 60 kilometer dari Yarmuk dan berdekatan dengan Baitul Maqdis.

Kawasan perang ini dikatakan adalah kawasan yang lapang dan dikelilingi oleh bukit-bukit kecil yang memudahkan tentera Islam untuk bersembunyi.

Perang ini dikatakan antara perang pertama yang menyebabkan bangsa Mongol kalah dan gagal menewaskan umat Islam.

Kekuatan tentera Islam pada perang ini dicatatkan seramai 20 000 sehingga 50 000 orang yang melawan tentera Mongol, iaitu seramai 20 000 orang sahaja.

Peperangan tersebut dikatakan telah berlaku selama tiga hari dan hasil kemenangannya telah menjadikan kerajaan Mamalik sebagai sebuah negara yang memberikan harapan kepada umat Islam.

Ia merupakan kekalahan pertama yang telah menimpa pasukan Mongol selepas berjaya menjatuhkan pusat perkembangan Islam lain seperti Baghdad dan juga negara besar, iaitu Cina.

Bangsa Mongol dikatakan merupakan antara bangsa yang paling kuat fizikal dan mempunyai kekuatan yang luar biasa dari segi jumlah tentera dan juga strategi peperangan.

Namun, pada perang ini, umat Islam telah membuat persiapan yang sangat rapi seperti menyelesaikan terlebih dahulu isu dalaman yang melanda, para ulama’ yang memainkan peranan dalam menasihati pemerintah serta disebabkan oleh kesatuan ummah seperti Mesir, Syria dan Palestin.

Strategi Peperangan Yang Rapi

Sultan Quthuz yang merupakan pemimpin pada waktu itu telah mengatur strategi yang cukup rapi bagi menghadapi peperangan ini.

Kawasan perang yang mempunyai bukit-bukit kecil telah memudahkan umat Islam untuk bersembunyi di sebalik bukit tersebut.

Tentera yang bersembunyi akan keluar untuk menyerang secara habis-habisan apabila diberi arahan sebelum masing-masing menyerang di sebalik persembunyian.

Peperangan kemudian bermula dengan serangan daripada pasukan Mongol, namun akhirnya pasukan mereka telah berjaya dikepung oleh tentera Islam dan akhirnya mereka berperang secara habis-habisan.

Perang ini juga dikatakan telah menewaskan Panglima Katbugha yang merupakan antara tentera terkuat Mongol.

Kesimpulan

Peperangan Ain Jalut yang berlaku di bulan Ramadan tidak mematahkan semangat umat Islam untuk kembali menuntut kekalahan saudara mereka di Baghdad, malah semangat yang ada itu semakin berkobar-kobar.

Perang ini telah menjadi salah satu sejarah penting dalam perkembangan Islam dan sejarah dunia kerana telah menyelamatkan umat Islam daripada kehancuran yang dilakukan oleh Mongol.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami