Buat anda yang bergelar pelajar, pasti anda pernah mendengar dan mengamalkan pelbagai jenis doa untuk membantu memudahkan perjalanan dan proses pembelajaran anda sama ada di bangku sekolah, kolej mahupun universiti.
Bukan mudah untuk menjadi pelajar yang cemerlang dengan beberapa jenis subjek yang perlu diingati terutamanya sebelum menjelang peperiksaan. Dengan usaha yang jitu selari dengan doa, kejayaan pasti akan menyusul.
Malah, terdapat banyak doa yang telah diajarkan oleh Islam untuk membantu agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan mempunyai daya ingatan yang kuat.
Berikut merupakan antara doa yang boleh diamalkan bukan sahaja untuk pelajar malah semua golongan bagi membantu menguatkan daya ingatan.
Doa ini diriwayatkan akan dibaca oleh Baginda SAW bagi memohon dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan.
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً، تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ
Maksud: “Ya Allah, aku meminta kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang reda akan ketetapanmu dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.” (Hadis Riwayat As-Suyuthi, no. 6118)
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِ
يَفْقَهُوا قَوْلِي
Mafhum: “Wahai tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku.” (Surah Taha, 20: 25-28)
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Maksud: “Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul serta ilham daripada para malaikat yang hampir denganMu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abdullah ibn Mas’ud, 1/252)
Wallahu a’lam.
Rujukan:
Doa Mengulangkaji Pelajaran
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.