Inspirasi

7 Kunci Bahagia Yang Boleh Dimiliki Oleh Sesiapa Sahaja

Oleh Fizah Lee  •  26 Sep 2019  •  3 min baca

Semua orang inginkan bahagia. Namun, kehidupan di dunia ini tidak lari dari ujian dan musibah sedikit sebanyak mampu meragut imaginasi bahagia yang anda cipta.

Bukan senang untuk menjadi bahagia jika anda meletakkan definisi bahagia berdasarkan perspektif dari mata orang lain. Jika anda punya persepsi demikian, ia bermaksud anda mencuba menjadikan diri anda sebagai apa yang orang mahu dan bukan apa yang anda sebenarnya ingin jadi.

Sampai bila kebahagiaan anda perlu ditentukan oleh orang lain dan sampai bila anda ingin memuaskan hati semua orang sedangkan manusia itu sifatnya tidak pernah puas.

Seiring dengan peredaran masa, pasti akan ada sahaja perkara baru yang ingin dicuba dan diikuti kerana bimbang diri anda akan ketinggalan. Namun, hakikatnya hati dan kebahagiaan anda yang tertinggal di belakang.

“Kita hidup untuk ‘mata’ Allah dan bukan untuk mata manusia.”

Allah yang menilai setiap perbuatan dan amal kita, maka hiduplah untuk menggapai keredaanNya. Perasan atau tidak, kita sering takut jika perbuatan kita kadang-kadang tidak mampu memuaskan hati orang sekeliling.

Apa yang kita lakukan sedikit sebanyak boleh menjejaskan pandangan seseorang terhadap diri walaupun sebenarnya tiada kesalahan yang dilakukan malah hasilnya juga adalah cukup baik.

Namun, kita sering risau tidak bertempat, takut jika penerimaan manusia itu berbeza dengan apa yang kita bayangkan.

Salah seorang pakar motivasi pernah berkata – “Selagi mana apa yang kita lakukan itu tidak melanggar hukum dan syariat, maka jangan risau kerana kita tidak melakukan kesalahan yang besar. Sebaliknya, jika seseorang itu merasa janggal dengan perbuatan baik tersebut, orang itulah yang perlu muhasabah dirinya sendiri.”

Jangan pernah risau jika anda menerima kritikan atau komen, sebaliknya hadapilah ia dengan hati dan jiwa yang kental. Pandanglah ia dari sudut yang positif dan ambillah ia sebagai pengajaran hidup untuk ke arah lebih baik.

Sebenarnya mudah sahaja untuk menjadi bahagia. Anda tidak perlu melabur wang ratusan ringgit atau membuktikan kebahagiaan palsu anda kepada sesiapa sahaja kerana di sini dikongsikan beberapa petua untuk menggapai kejayaan yang sebenar.

#1 – Jangan membenci walaupun ada yang berbuat salah kepadamu

#2 – Jangan putus berdoa untuk saudara mukmin

#3 – Jangan bersedih secara berlebihan walaupun masalah yang menimpa tinggi menggunung

#4 – Perbanyakkan memberi walau dalam kesusahan

#5 – Hidup dalam kesederhanaan walau kekayaan seluas lautan

#6 – Senyum walau hati sedang menangis

#7 – Berbuat kebaikan walau sedang ditimpa musibah

Bahagia yang sebenar itu datang dari dalam diri anda sendiri. Jika anda berlumba-lumba untuk menunjukkan siapa di antara anda yang paling bahagia, maka itu adalah satu perbuatan yang kurang sihat. Kerana, bahagia itu perlu dicapai bersama bukan dengan meninggalkan seseorang di belakang anda.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami