Keluarga

Ngerinya Kisah Pedofilia Ini

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  29 Aug 2019  •  4 min baca

Pernahkah anda terbaca tentang William James Vahey? James Vahey merupakan seorang guru. Sama seperti Richard Huckle, guru Bahasa Inggeris yang ditangkap dan dibicarakan di UK kerana didapati terlibat dengan aktiviti pedofilia ke atas 200 orang kanak-kanak di Malaysia.

Bezanya, Vahey adalah seorang guru yang bertugas di International Schools di serata dunia. Kita sedia maklum pelajar sekolah antarabangsa terdiri daripada golongan berada dan elit. Huckle pula banyak menyusup masuk di kalangan golongan sosio ekonomi yang berbeza.

Semua kanak-kanak tidak kira kaya ataupun tidak, menjadi ‘target’ pedofilia. Oleh itu jangan mendabik dada merasakan “Anak saya ok, selamat je” maka “Kenapa harus saya ambil tahu?”

Kita perlu prihatin kerana setiap kanak-kanak adalah seperti anak-anak kita sendiri.

Kegiatan pedofilia Vahey terbongkar setelah 40 tahun apabila ‘pen drive’ kepunyaannya dicuri di sekolah. Dia akhirnya membunuh diri pada tahun 2014 ketika berusia 64 tahun.

Modus Operandi Vahey

#1- Dia membina populariti di kalangan para pelajar dengan menggunakan kaedah mengajar yang berbeza dari guru lain. Dia juga menjadi jurulatih pasukan bola keranjang.

#2- Dia mengambil hati orang atasan dan ibu bapa sehingga menerima anugerah guru. Namun sikapnya tidak disenangi oleh rakan sekerja.

#3- Dia sering menjadi pencetus idea di semua sekolah yang menjadi tempat kerjanya dengan memulakan aktiviti ‘adventure’ dan ‘school trips’ sehingga ke luar negara (International Schools mempunyai banyak peruntukan).

Ketika inilah kegiatannya dijalankan. Walaupun terpaksa menguruskan ramai pelajar, dia tidak mahu guru lain mengikut rombongan sekolah. Kalau ada pun hanya seorang sahaja.

#4- Dia melalikan pelajar dengan ‘sleeping pills’ dan kegiatan jijiknya dijalankan ketika pelajar tidak sedar.

Tetapi terdapat kes di mana pelajar merasa pelik apabila bangun dari tidur dengan memakai ‘underwear’ rakan dan sebaliknya.

#5- Dia tidur bersama di khemah pelajar. Guru sepatutnya tidur di khemah atau bilik berasingan.

Oleh itu jangan terlalu teruja dan merasa selamat jika anak tidur sebilik dengan guru ketika kegiatan luar kawasan.

#6- Dia membawa pelajar yang sakit untuk tidur di biliknya kononnya untuk dijaga dan dirawat.

#7- Ada juga ibu bapa yang meminta Vahey menjaga anak lelaki mereka ketika ibu bapa mempunyai urusan. Anak lelaki akhirnya menjadi mangsa.

Tiada sesiapa yang menduga akan kegiatannya kerana dia telah pun berkahwin dan mempunyai anak.

#8- Dia mempunyai ‘kabel’ yang kuat. Isterinya adalah Deputy/Head of School dan lama-kelamaan ditugaskan sebagai Head of European Council of International Schools.

Isterinya tidak tahu kegiatannya. Kakitangan yang mengesyaki takut hendak melaporkan.

Bagaimana Dia Bermula?

#1- Dia sendiri menjadi mangsa ketika kecil. Oleh kerana inilah sangat penting untuk ibu bapa cakna dan pantau anak-anak masing-masing. 

Dengan siapa anak kita berada? Siasat penjaga anak-anak kita. Jangan husnudzon (sangka baik) tidak kena tempat.

“Dont trust anyone!”

90% pemangsa adalah orang yang dikenali anak bukannnya ‘stranger’. Anak yang menjadi mangsa jika diabai atau tidak dipercayai aduannya berkemungkinan menjadi pemangsa juga.

#2- Vahey sendiri memulakan kegiatannya ketika berusia 14 tahun sewaktu menyertai Boys Scout. Dia menyentuh bahagian sulit pelajar lain.

#3- Ketika bekerja sebagai guru pembantu pada tahun 1969, sewaktu berusia 19 tahun, dia didapati bersalah bermain dengan kemaluan pelajar lelaki berusia 7 tahun ketika aktiviti berenang.

Bagaimana Boleh Terlepas Selama 40 Tahun?

#1- Vahey dipenjarakan dan namanya dimasukkan ke dalam ‘sex offenders’ register pada tahun 1970 apabila dibebaskan.

Walau bagaimanapun Vahey tidak melapor diri dan tidak menukar alamat setelah berpindah ke luar negara. 

Pada tahun 2004 namanya terus lenyap dari ‘register’. Ini merupakan kesilapan besar pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Untuk makluman semua, Malaysia tiada ‘sex offenders list’. Kita tiada database atau maklumat tentang mereka yang pernah terlibat dengan jenayah seksual kanak-kanak.

Pelajar Malaysia yang ditangkap di London atas kesalahan memiliki bahan-bahan pornografi kanak-kanak Category A entah di mana dia sekarang.

Oleh itu sesiapa sahaja boleh bekerja dengan kanak-kanak di Taska, sekolah ataupun institusi pendidikan di Malaysia.

#2- Vahey kemudiannya bekerja di Iran, Beirut, Dhahran, Saudi, Madrid, Athens, Jakarta, London dan Nicaragua.
Ibu bapa sekalian, selalulah bertanya anak tentang aktiviti sekolah dan juga kegiatan luar sekolah.

Pantau emosi anak. Jika anak tidak suka ke sekolah, tidak suka pengasuh, maka perlu ada sedikit rasa curiga dan tertanya-tanya kenapa.

Jika anak anda bercerita tentang sesuatu yang dia tidak selesa diperlakukan terhadapnya, terutamanya jika melibatkan bahagian badan seperti kemaluan, punggung, mulut, dan dada, jangan cepat menghukum anak anda sebagai berbohong ataupun menuduh. Siasat dahulu, dia mungkin bercakap benar kerana ramai manusia yang ‘sakit’.

Guru-guru, baik lelaki ataupun perempuan yang suka membuat jenaka lucah, atau mengeluarkan kenyataan yang berbau seksual ataupun suka menggatal, sepatutnya dilaporkan kepada pihak atasan, kerana ini tanda ‘sakit’. Anda pasti tidak mahu mereka mendampingi anak-anak anda.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami