Gaya Hidup

‘Mindset’ Anda Mesti Tepat Dan Jelas

Oleh Pahrol Mohamad Juoi  •  23 Aug 2019  •  2 min baca

“Kalau bekerja hanya semata-mata untuk cari makan, apa beza kera dan babi di hutan”

Bunyi macam kasar, keras pesanan Prof Dr HAMKA ini tetapi itulah realiti yang kita harus belajar menerima kenyataan.

Hal ini mungkin diucapkan bukan dengan kata-kata, tetapi dizahirkan melalui rutin harian kehidupan kita.

Berapa ramai yang sibuk pagi petang keluar bekerja, mencari rezeki namun mencuaikan solat, melupakan soal halal haram, mengambil hak dengan cara batil, makan rasuah, seleweng, ‘curi tulang’, fitnah, tidak menjaga ikhtilat dan skandal dengan suami atau isteri orang lain di tempat kerja.

Cabaran memasukkan ‘mindset’ yang tepat dan jelas iaitu melihat pekerjaan atau kehidupan dari perspektif Pencipta adalah usaha yang sukar dan perlu kesabaran di zaman semua orang ingin melihat hasil segera dan tersembah di depan mata.

Ditambah pula dengan kepantasan zaman teknologi disertai perubahan generasi Y dan Z yang kini mula masuk dan mendominasi alam pekerjaan,soal memasukkan iman sebagai teras,pasak di tempat kerja makin berliku.

Generasi Y dengan mentaliti mempersoalkan dulu dan Generasi Z dengan gaya fikir mempertikaikan dulu menjadikan hujah “agama” tidak sedikit dipandang remeh dan topik “kerja sebagai ibadah” dianggap lapuk untuk didengari dan difahami.

Akhirnya “agama” hanya sesuai di musim hari kebesaran Islam. Solat hanya isu peribadi bukan agenda organisasi dan nasional. Integriti dipandang hanya melibatkan soal wang ringgit, hukuman dunia tidak berkait soal pahala dosa, neraka dan syurga.

‘Mindset’ kita perlu tepat dan jelas tentang profesion yang digalas bukan sekadar “mencari makan” tetapi “mencari Tuhan”.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Pahrol Mohamad Juoi

Merupakan pendakwah dan penulis. Menjadi jurulatih dan perunding latihan di Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami