Berita

Dialog Peradaban Belia Malaysia-China Kedua: Islam Dan Konfusianisme

Oleh Fizah Lee  •  21 Aug 2019  •  2 min baca

Sebuah dialog yang dianjurkan oleh Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah diadakan pada hari ini, iaitu 21 Ogos 2019 dan akan berlangsung sehingga esok, 22 Ogos 2019 di Royal I dan II, Palace of Golden Horses.

Dialog Peradaban Belia Malaysia-China Kedua: Islam dan Konfusianisme ini telah diadakan untuk berkongsi dan berdiskusi mengenai Islam dan juga konfusianisme.

Ia telah menampilkan beberapa panel tempatan dan antarabangsa seperti Professor Datuk Dr Awang Sariyan, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Professor Emeritus Tan Sri Dr Kamal Hassan, Prof Sha Zonping, Professor Dr Taufiq, Mr Luo Ji dan ramai lagi.

Ia juga diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang ke-45 untuk saling meraikan perbezaan pandangan, berkolaborasi dan berdialog secara harmoni.

Ucapan dari Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah menyerikan lagi dialog ini sebagai ucap tama untuk dialog kali ini.

“Dalam kedua-dua tradisi, tidak diragui lagi, sifat saling memahami dan harmoni telah menjadi pendokong kepada perhubungan antara negara dan rakyat pada masa kini.” Titah baginda

Oleh itu, falsafah dan juga pegangan terhadap kedua-dua kepercayaan ini telah menjadi penghubung kepada masyarakat pada abad ini.

Antara topik menarik yang bakal dibentangkan oleh panel-panel jemputan ini ialah, Hubungan Peradaban Malaysia-China oleh Prof Datuk Dr Awang Sariyan, Etika Pentadbiran oleh Prof Datuk Dr Azarae Idris dan Qi Yihu, Etika dalam Kewangan dan Ekonomi oleh Prof Dato’ Dr Mohd Azmi Omar dan Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani serta Etika bermasyarakat yang akan dikupas oleh Prof Dr Kamar, Puan Goh Ming Lee dan juga Yu Xiaopeng.

Antara panel VIP yang turut hadir juga ialah En Khalek Awang, Presiden Alumni UIA, Seri Paduka Baginda, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak, Prof Datuk Dr Osman Bakar, Pengerusi ISTAC-IIUM dan juga Datuk Dr Mohd Daud, Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami