Site icon Tazkirah

3 Nasihat Bagi Yang Malas Beribadah

Nasehat bagi yang merasa malas beribadah, Ustadz DR Khalid Basalamah, MA

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Khalid Basalamah, dibawakan oleh Lentera Islam)

Iman seorang Muslim itu pasti ada naik dan turunnya. Ada kala kita rasa rajin beribadah, ada pula masa kita berasa berat dan cukup melakukan amalan-amalan wajib sahaja. Ustaz Khalid Basalamah dalam video di atas telah berkongsi tips yang menarik bagi membantu Muslim di luar sana untuk kekal rajin beribadah.

1. Baca Fadilat Tentang Ibadah Yang Ingin Dilakukan

Fadhilat adalah janji kebaikan yang disediakan Allah apabila kita melakukan amal ibadah. Jika kita ingin melakukan solat sunat tahajud, maka bacalah hadis berkaitan solat tahajud. Jika kita ingin melakukan solat sunat dhuha, bacalah riwayat berkaitan solat sunat dhuha. Begitulah juga dengan ibadah-ibadah yang lain.

Kata Ustaz Khalid, kita mempunyai hak secara syariatnya untuk bertanya “Apakah yang aku dapat apabila melakukan ibadah tersebut”.

Mengapa?

Kerana memang Allah menjanjikan kesemua kelebihan tersebut untuk kita.

2. Jauhi Dosa Dan Maksiat

Selama bergelumang dalam dosa dan maksiat, perkara itu menjadi penghalang kepada kita melakukan ibadah. Pasti rasa bersalah dan pemikiran negatif timbul. Syaitan pula membuat helak dan membisikkan bahawa dosa kita terlalu banyak dan kita adalah manusia yang dimurkai Allah.

Sesungguhnya pada maksiat dan ibadah itu kedua-duanya ada kenikmatan. Dan dua perkara ini mustahil bercampur. Jika seseorang sudah merasai kenikmatan melakukan ibadah, pasti dia sudah tidak menginginkan maksiat. Namun jika seseorang itu telah merasai kenikmatan maksiat, maka hatinya semakin jauh daripada kebaikan.

3. Bergaul Dengan Orang Yang Selalu Melakukan Ibadah Dan Kebaikan

Teman yang baik pasti akan menyebarkan kebaikan kepada temannya yang lain. Pada peringkat permulaannya, mungkin agak sukar untuk kita mula melakukan ibadah jika berseorangan, namun jika kita mempunyai kelompok teman yang sering melakukan ibadah, pasti kita dapat saling menyokong dan menguatkan.

Semoga tiga langkah di atas mampu membantu kita untuk bersemangat semula untuk melakukan ibadah!

Exit mobile version