Berita, Gaya Hidup

Rancang Perjalanan Haji Dan Umrah Anda Dengan Aplikasi WeSalam

Oleh Fizah Lee  •  29 Jul 2019  •  3 min baca

Musim Haji kini telah tiba lagi. Saban tahun, Lembaga Tabung Haji akan menghantar jemaah Haji antara 30,000 sehingga 40,000 orang ke Tanah Suci Mekah.

Jumlah yang berdaftar dan masih menunggu giliran juga meningkat saban tahun. Hal ini berikutan, menunaikan Haji merupakan salah satu rukun dalam Islam. Malah, kebanyakan ibu bapa kebiasaannya akan mendaftar anak-anak mereka sedari lahir lagi.

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.” (Surah Al-Hajj, 20:27)

Anak-anak yang menghantar orang tua mereka pula pasti akan merasa bimbang dengan keadaan ibu bapa di sana walaupun mereka telah pun diberi panduan dan kursus terlebih dahulu oleh pihak Tabung Haji. Tidak setakat itu sahaja, mereka akan diberi penjagaan dengan rapi dan setiap kebajikan mereka akan dipertanggungjawabkan di sana.

Bagi anda yang mungkin bimbang jika terlepas peristiwa penting atau ibadah yang perlu ditunaikan semasa dalam tempoh Haji, aplikasi WeSalam telah dibina untuk membantu anda menjalani perjalanan Haji dengan baik.

Aplikasi ini telah dimuat turun lebih daripada 100,000 pengguna yang rata-ratanya memberi nilai antara empat hingga lima bintang dengan ulasan yang positif.

Ia dikatakan mampu memberi kemudahan buat mereka yang sedang atau akan menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Melalui aplikasi ini, anda boleh pilih butang Haji atau Umrah bagi membantu kelancaran perjalanan ibadah anda.

Ia juga dilengkapi dengan arah kiblat dan masa yang tepat bagi menunaikan ibadah solat. Jadi, anda tidak akan berasa ragu-ragu lagi untuk menunaikan solat walau di mana sahaja keberadaan anda.

Yang menariknya, anda tidak perlu risau jika terlupa beberapa kali pusingan tawaf dan sa’i yang dilakukan. Melalui aplikasi ini, ia akan menunjukkan bilangan yang sudah dilakukan.

Ia juga turut dibekalkan dengan Al-Quran untuk memudahkan anda membacanya pada bila-bila masa tanpa perlu risau jika anda tidak membawa Al-Quran bersama.

Aplikasi ini telah dinaik taraf dengan menambah bahagian Topik, iaitu bahagian yang memaparkan Berita dan juga Kegemaran anda. Dalam erti kata lain, sambil anda beribadah, anda juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat penting di sekitar Mekah dan Madinah serta boleh terus disimpan ke bahagian Kegemaran.

Antara berita menarik yang dikongsikan ialah berkenaan masjid-masjid yang senang didapati di sekitar anda, makanan halal atau restoran yang baru dibuka, tips-tips untuk membantu anda kekal bertenaga sepanjang di Mekah dan sebagainya.

Yang paling penting, anda tidak perlu risau dengan bahasa yang digunakan kerana aplikasi ini didatangkan dengan sepuluh tetapan bahasa untuk dipilih, antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan juga Bengali.

Tidak hairanlah jika pada masa kini kita boleh melakukan ibadah dengan baik dan tenang kerana wujudnya aplikasi yang menarik seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

Terdapat banyak lagi aplikasi menarik yang boleh membantu anda dan orang tersayang untuk menunaikan ibadah Haji mahupun Umrah. Anda boleh terus sahaja ke play store untuk mendapatkan kemas kini aplikasi-aplikasi ini.

Muat turun:

Aplikasi WeSalam Untuk Android

Aplikasi WeSalam Untuk IOS


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami