Gaya Hidup

Tingginya Nilai Sastera Arab Dalam Al-Quran

Oleh Abdullah Bukhari  •  2 Jul 2019  •  2 min baca

Antara kepuasan dan kemanisan hidup adalah berada dalam lingkungan para ilmuwan yang mampu memberi jawapan tepat kepada kemusykilan yang kita cari. Pasti ada yang keliru dengan makna perkataan تُسِفُّ dalam hadith di bawah ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا – تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ – وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ

Abu Hurairah bercerita pada suatu hari seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah! Aku miliki kaum kerabat (atau saudara) yang selalu aku sambung dan hubungi mereka, tetapi mereka selalu sahaja memutuskan hubungan mereka denganku.

Aku juga selalu berbuat baik pada mereka tetapi mereka membalasnya dengan buruk. Aku selalu berlemah lembut dengan mereka tetapi mereka selalu berkasar denganku.”

Baginda menjawab: “Jika benar seperti apa yang kamu kata, *kamu sebenarnya sedang menyuap mereka* dengan pasir panas (yang biasa orang Arab guna untuk memasak roti dalam dapur, maksudnya sikap mereka menyebabkan mereka dipandang hina oleh Allah dan menambah dosa sendiri).

Jika kamu berterusan dengan sikap baik sebegini, bantuan Allah (dan pahala-Nya) akan sentiasa bersamamu bagi mengatasi sikap buruk mereka ituSahih Muslim

Saya merujuk kepada beberapa pensyarah Bahasa arab (berbangsa melayu) tapi mereka tidak mampu memberi jawapan yang benar-benar tepat dan padat. Alhamdulillah satu hari saya bertemu dengan Ustaz Ibrahim Fares, pensyarah Bahasa Arab CELPAD, UIAM yang berasal dari Mesir.

Beliau juga antara jurulatih debat UIAM. Lantas dia berikan jawapan tepat yang membuatkan saya puas dan tenang.

Perkataan – أَسَفَّ – يُسِفُّ – menurut beliau adalah menyuap makanan berbentuk serbuk seperti pasir, gula dan ubatan. Lantas dia berikan contoh penggunaan perkataan ini dalam hadith di atas.

Rupa-rupanya orang arab menggunakan perkataan berbeza untuk jenis makanan berbeza. Jika makanan pejal mereka gunakan أطعم. Jika sesuatu bendalir mereka gunakan سقى dan untuk serbuk mereka gunakan أسف.

Ustaz Ibrahim Fares juga menjelaskan hadith di atas sangat tinggi nilai sastera Arabnya. Selain beliau, antara lecturer yang mampu memuaskan rasa saya dalam penjelasan bahasa Arab adalah Ustaz Salah ‘Awadhullah dan Dr Salih al-Tinggari. Keduanya dari Sudan.

Moralnya, sibukkan diri dengan ilmu kerana ‘kenyangnya sungguh luar biasa.’ Hari ini kita banyak sibukkan diri dengan isu-isu viral yang tidak penting, bahkan kita pula sibuk berlumba-lumba mengadilinya seolah-olah kita adalah hakim yang paling adil lagi saksama.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Abdullah Bukhari

Beliau merupakan seorang Sarjana Usuluddin (Tafsir Al-Quran) dan kini menjadi seorang pensyarah di Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, UIAM. Beliau juga merupakan pemikir dan penulis Nota Tafsir Wartawan al-Quran yang kerap dikongsikan bersama pembaca, lebih-lebih lagi pengguna Facebook. Selain daripada itu, penulisan beliau juga kerap tersiar di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami