Oleh Zulfikar Egar • 20 Jun 2019 • 2 min baca
Jadilah manusia yang memberi manfaat. Usahlah menyakiti hati orang lain sama ada dengan lidah mahupun dengan jari-jemari.
Tahanlah mulut dan jari-jemari itu daripada menutur dan menukil kata-kata tercela. Ingatlah pesan Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam;
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia”HR. Al-Bukhari
Satu pesanan daripada baginda nabi yang perlu kita untuk mencontohi dan mengikutinya. Benar, ramai orang di sekeliling kita juga yang mempunyai niat tidak baik. Hati manusia memang tidak boleh didugakan?
Kadang kala itu yang membantutkan diri kita untuk membantu orang lain kerana tidak mengetahui hati budi orang.
Tetapi itu bukan alasan untuk tidak berbuat baik dan menyebarkan manfaat kepada orang lain agar banyaknya pahala kita di sana. Sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia”HR. Ahmad
Berdoalah kepadaa Allah S.W.T agar kita sentiasa dilindungi dari musibah lain di samping agar tetap terus menabur bakti.
Biarlah tidak dihargai manusia, namun kita terus berusaha memperbaiki diri. Redhalah dengan setiap ujian yang hadir ketika kita menabur jasa.
Usah dikenang kebaikan yang dilakukan dalam membuat kebaikan. Ibaratnya seperti kata pepatah ;
Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui.
Kerana setiap kebaikan pasti kebaikan juga balasannya. Jika tidak di dunia, InsyaAllah pasti di akhirat. Justeru itu renunglah hadith ini:
“Bertakwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada, dan ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan memadamkannya dan berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak” HR Tirmizi Dengan Sanad Hasan
Ustaz Huzaifah Hadis pernah ditanya. Apakah yang dimaksudkan dengan “Ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan”? Kata Ustaz Huzaifah Hadis, ia bermaksud.
“Apabila berbuat dosa, maka cepat-cepatlah istighfar dan bertaubat.
Wallahualam.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.