Oleh Natirah Azira • 11 Jun 2019
(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Syeikh Muiz Bukhari, dibawakan oleh TheDailyReminder)
Definisi kejayaan boleh jadi berbeza bagi setiap orang. Namun kali ini, penulis ingin berkongsi dan menghuraikan serba ringkas 5 langkah atau gaya hidup yang berkait rapat dengan kejayaan seperti yang dikongsikan oleh Syeikh Muiz Bukhari dalam video di atas.
1. Bangun Awal
Semua orang tahu akan manfaat bangun awal pagi. Orang yang bangun awal dapat menyelesaikan banyak kerja lebih awal, lebih-lebih lagi jika anda seorang yang bekerja dan akan keluar rumah pada pukul 7 atau 8 pagi. Hari anda menjadi lebih terurus kerana anda punya lebih masa untuk merancang perjalanan hari anda.
2. Banyak Membaca
Orang yang cemerlang juga suka menambah pengetahuan baru dengan membaca. Rutin ini dapat menambah kefahaman tentang cabang ilmu yang berbeza-beza. Memori yang baru dicipta akan mengaktifkan neuron, dalam masa yang sama mengukuhkan memori sedia ada.
3. Mengutamakan Kesihatan
Menjaga kesihatan adalah apa jua sikap yang dapat mendatangkan ketenteraman dan kesihatan kepada minda dan juga badan. Ia termasuklah mengambil makanan yang sihat, menjaga kebersihan dan kecantikan diri, bersenam serta bergaul dengan orang di sekeliling secara sihat.
4. Tidak Terganggu Dengan Kehidupan Orang Lain
Orang yang cemerlang juga tidak akan cepat terganggu dengan kehidupan orang lain. Mereka tahu bahawa jalan setiap orang berbeza-beza, dan tidak akan membandingkan kehidupan sendiri dengan orang lain secara negatif. Selain itu, mereka sedar bahawa jalan yang mereka lalui istimewa dan unik buat diri sendiri. Fokus sepenuhnya diberikan kepada pembangunan diri sendiri.
5. Selalu Mengingatkan Diri Bahawa Waktu Yang Ada Terhad
Orang yang cemerlang juga tahu bahawa anugerah masa itu terhad, jadi mereka menggunakan masa sebaiknya. Mereka bukan hanya kuat berusaha membina kerjaya tetapi turut menikmati setiap pemberian dalam hidup sebaiknya seperti nikmat kesihatan, waktu lapang bersama keluarga dan juga rakan-rakan.
Kejayaan bermula dari gaya hidup yang cemerlang. Ia bukan suatu yang datang bergolek tetapi perlu diamalkan sehingga menjadi satu rutin dan cara hidup yang tidak lagi asing buat diri. Semoga lima langkah mudah yang disenaraikan di atas mampu membantu para pembaca dalam menjemput kejayaan serta melalui hidup dengan lebih cemerlang.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.