(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Mufti Menk, dibawakan oleh Merciful Servants Production)
Kehidupan seorang Islam sangat berkait rapat dengan anjuran kesabaran. Mengapa? Kerana sabar bagi seorang Islam bukanlah hal yang sia-sia dan berlalu begitu sahaja. Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang keistimewaan sabar antaranya,
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Surah Al-Baqarah 2:153)
Ada tiga jenis sabar yang telah digariskan dalam Islam:
Pertama, bersabar dalam melakukan segala suruhan Allah.
Kedua, bersabar dalam menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Ketiga, bersabar menerima ketetapan yakni qada’ dan qadar daripada Allah SWT.
Ramai orang menganggap bahawa jenis yang ketiga sahaja yang dianggap sebagai sabar. Namun hakikatnya sabar diperlukan dalam setiap perkara yang dilakukan. Dalam melakukan ibadah dan suruhan, kita perlu sabar. Untuk menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang Allah, kita memerlukan sabar. Apatah lagi dalam menerima ketetapan daripada Allah.
Islam sahaja satu-satunya agama yang menetapkan syarat mempercayai qada’ dan qadar sebagai syarat keimanan (rukun iman). Dengannya kita meyakini bahawa apa pun yang telah terjadi, yang sedang terjadi mahupun yang akan terjadi merupakan takdir yang terbaik daripada Allah.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.