Ibadah

9 Amalan Mudah Untuk Menghidupkan Bulan Ramadan (Siri 2)

Oleh Wan Zuriati Wan Jusoh  •  27 Apr 2019  •  3 min baca

Terdapat 7 golongan pada hari akhirat kelak yang akan mendapat naungan Allah S.W.T pada hari di mana tiada lagi naungan lain selain daripada naungan Allah, salah satunya adalah golongan yang bersedekah. Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

“Seseorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu hingga tangan kirnya sendiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya”Hadis Riwayat Bukhari

#6- Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

Salah satu amalan yang boleh kita laksanakan pada bulan Ramadan adalah dengan memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa.

Terdapat banyak kelebihan yang akan kita perolehi dengan memberi makan kepada orang berpuasa ini. Daripada Zaid bin Khalid, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpama orang yang berpuasa tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa”

Kemudian daripada Ummu Ammarah bahawa Rasulullah S.A.W juga bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lainnya, maka sentiasalah malaikat akan mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya”

#7- Mempertingkatkan Amalan Zikir Kepada Allah

Allah S.W.T berfirman tentang kelebihan zikir:

“Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepada Nya pada waktu pagi dan petang” Surah al Ahzab : 41- 42

Oleh yang demikian, maka perbanyakkanlah berzikir pada bulan Ramadan di bandingkan dengan bulan-bulan yang lain kerana amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan itu sendiri akan dipertingkatkan pahala dan keistimewaan yang akan diperoleh.

#8- Memperbanyakkan Berdoa Kepada Allah

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (Jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”Surah al Baqarah : 186

Doa adalah senjata orang mukmin. Sesiapa yang berdoa dan memohon kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan keyakinan kepada Allah maka Allah tidak akan menolak doa-doanya lebih-lebih lagi doa-doa yang dipohon di dalam bulan Ramadan.

Daripada Abdullah bin Amr RA berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya bagi orang-orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka adalah doa yang tidak akan ditolak” Hadis Riwayat Ibn Majah

#9- Merebut Malam Lailatul Qadr

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami menurunkannya (al-quran) ini pada malam Lailatul Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada seribu bulan”Surah Al Qadr : 1-3

Malam Lailatul Qadar ialah malam yang akan berlaku pada 10 hari terakhir bulan Ramadan. Malam Lailatul Qadar itu adalah lebih baik daripada 1000 bulan.

Malaikat-malaikat akan turun dan memberi keselamatan dan kesejahteraan atas perintah Allah sehinggalah terbit waktu fajar. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Pada malam itu, turun malaikat dan jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” Surah Al-Qadr : 4-5

Oleh itu gandakan lah segala ibadah dan amalan sunat yang boleh dilakukan untuk kita memperoleh manfaat malam lailatul qadar.

Sebagai kesimpulannya, rebutlah segala peluang dengan sehabis baik di dalam bulan Ramadan untuk mengangkat diri kita ke arah ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Ramadan adalah bulan rahmat dan pengampunan daripada Allah. Allah menyiapkan bulan Ramadan khas buat hamba-hamba Nya.

Allah S.W.T juga akan membuka pintu-pintu syurga seluas-luasnya untuk kita serta segala amalan-amalan yang kita lakukan akan dilipat gandakan pahalanya.

Oleh itu, marilah sama-sama kita cuba amalkan amalan-amalan sunat dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi keistimewaan dan ganjaran daripada Allah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Wan Zuriati Wan Jusoh

Merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Antropologi Dan Dakwah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berminat di dalam pembacaan buku pelbagai genre dan turut aktif di dalam bidang penulisan dan kini sedang bergelar sebagai seorang pendidik di Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kuala Krai Kelantan.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami