Inspirasi

Anda Kecewa, Sedih, Penat? Allah Memujuk Dengan Kalam Ini

Oleh Natirah Azira  •  20 Apr 2019  •  3 min baca

Jika kita masih ingat tentang peristiwa yang berlaku pada fasa awal Rasulullah SAW mendapat wahyu, pasti kita tahu tentang peristiwa baginda tidak mendapat apa-apa wahyu selama enam bulan lamanya.

Tidak ada tanda, tidak ada isyarat mahupun apa-apa yang disampaikan oleh Malaikat Jibril. Sehingga Rasulullah SAW merasa resah gelisah kerana menyangka bahawa Allah sudah murka. Orang-orang musyrik pada waktu itu juga mengejek Nabi bahawa Allah telah membenci dan meninggalkan Nabi SAW.

Bayangkanlah sekarang, jika orang yang kita sayangi tidak menghubungi beberapa hari pun kita sudah mula rasa gelisah, apatah lagi tempoh enam bulan seperti yang dihadapi oleh Nabi, bahkan ianya daripada Tuhan!

Namun setelah beberapa lama, turunlah ayat daripada Surah Ad-Dhuha yang mempunyai kandungan yang sangat bermakna, bukan sahaja untuk Nabi SAW, malah untuk kita semua.

وَالضُّحَىٰ
Demi waktu dhuha,

وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَ
Dan malam apabila ia sunyi-sepi –

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَىٰ
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?

وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Surah Ad-Dhuha 93:1-11)

Akan ada masanya kita berasa ‘jauh’ daripada Allah, kita meminta namun tidak ada jawapan yang kita terima, kita berdoa memohon kekuatan, namun yang datang adalah beban yang bertimpa-timpa – namun itu semua bukan tanda Allah melupakan kita sebagai hambaNya.

Allah mendengar setiap keluhan, dan Allah pasti menjawab setiap bisikan doa pada masa yang tepat dan cara yang dirasakan terbaik untuk kita.

Bayangkanlah, betapa bermakna kata-kata Allah kepada kita “Sesungguhnya aku tidak meninggalkanmu, dan aku tidak membencimu” – Allah sentiasa ada menjaga dalam setiap urusan. Allah tahu kita mencari-cari jalan yang benar. Allah tahu kita mencari-cari kekuatan. Lalu Allah memberikan perlindungan, hidayah serta kesenangan sehingga kita berasa tenteram – maka bukankah ini semua tandanya bahawa Allah masih kasih dan peduli?

Maka, di saat kita merasa kehilangan, kosong, sedih, kecewa dan penat – percayalah bahawa Allah tahu dan Allah menunggu kita ‘pulang’ dengan hati yang penuh harapan kepadaNya.

Sebagaimana Allah menjaga Rasul junjungan kita sepanjang hidupnya, pasti Allah juga menjaga kita umat istimewa yang dirindui dan diingati baginda. Yang perlu kita lakukan, hanyalah meminta.

Lihat juga: LoveAllah328


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami