Oleh Nur Farah Ahmadi • 22 Mar 2019 • 4 min baca
Semalam, ada mesej mengetuk pintu inbox saya.
Ada soalan, lebih kurang begini bunyi nya,
“Farah, kenapa umur saya dah nak masuk ‘3 series’ tapi belum bertemu jodoh? Penat hidup sendiri..”
Termenung panjang saya.
Memutar kenangan lalu,
Ada sekali tu kami ziarah seorang sahabat yang baru melahirkan anak kedua. Dan ketika itu kami saling bertukar cerita.
Seorang sahabat lain meluahkan masih belum bertemu jodoh.
Seorang sahabat saya ini pula, sudah berkahwin hampir tiga tahun, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Bila dengar kawan saya bercerita, saya pula yang terdiam. Berfikir panjang. Dan yang paling menyentuh hati saya,
“Jalan ini susah. Mungkin sebab ujian ini, Allah dah bagi segunung pahala..”
Ada yang belum bertemu jodoh.
Ada yang ada anak autisme, asyik memukul diri sendiri. Ada yang diuji dengan anak yang mengambil najis sendiri dan makan. Macam-macam.
Ada seorang ibu ini. Anak pertama normal, anak kedua autisme. Sedang hamil anak ketiga. Dan anak sulung ini cakap dengan ibu dia, “Ibu, adik yang nombor tiga ini jangan autisme ye”.
Menangis ibu ini.
Teringat pula kawan saya kata, best nya kalau kahwin. Ada kawan, tak sunyi.
Kita nampak kehidupan orang best-best belaka, tanpa kita tahu, setiap orang punya bahagian sendiri.
Punya ujian sendiri.
Dia kata pada saya, Allah ini adil. Analoginya Allah bagi semua orang 100. Ada orang 80 dalam pelajaran, 20 dalam kehidupan berkeluarga. Ada orang 20 pelajaran, 20 harta, 60 anak-anak. Campur, darab, tolak, bahagi, semuanya 100.
Allah jua lah yang menyusun segala-galanya.
“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,( Al-Baqarah: 155)
Kadang kita ingat kita akan dapat atau tak dapat sesuatu, tapi kita lupa atas semua tu ada Dia, yang menentukan segalanya.
Dalam hidup ini,
ada yang ingin sekali belajar, tapi tidak punya peluang.
Ada yang ingin sekali berkahwin, tapi masih belum bertemu jodoh.
Ada orang yang teringin punya zuriat,tapi belum dikurniakan lagi.
Ada orang yang sakit, tapi belum diberikan kesembuhan.
And the list goes on.
“Andai Allah tak izin lagi kita dapat sesuatu tu, maka tak akan dapat lah. Tapi kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi. Dan Allah saja tunjukkan kita dengan semua ni, sebab Dia nak kita belajar sesuatu”
Nabi Zakaria sendiri tak ada anak. Namun, sampai usianya 100 tahun, masih berhajat mendapatkan anak, lalu beliau memanjatkan pengharapan kepada Allah.
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau wahai Tuhanku” (Maryam :4)
Dan akhirnya Allah berikan juga Nabi Zakaria anak.
Allah jugalah yang menetapkan yang terbaik dalam jalan hidup kita.
Dan sekadar perkongsian dari sahabat saya bagi sesiapa yang inginkan zuriat namun belum dikurniakan lagi rezeki itu,
Bacalah selepas solat 5 waktu,
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling baik” [Al-Anbiya:89]
Minta lah pada Allah.
Dan most importantly,
Bahagia itu terletak pada redha.
Redha dengan setiap perkara samada kita suka atau tidak.
Bukan dengan berkahwin akan hilangkan segala kesunyian.
Bukan dengan berkahwin sahaja akan hadirnya bahagia.
Bukan dengan berteman saja, akan datangnya kegembiraan.
Tidak.
Bahagia itu dalam diri, bila mana kita redha, bilamana kita percaya tiada kebetulan atas apa yang terjadi. Semua yang berlaku atas kehendak Allah dan terselit hikmah.
“So taking a step back, it’s quite obvious how beautiful Allah planned our lives isn’t it?”
Bersangka baik pada Allah.
Dia takkan pernah menzalimi hambaNya. Jika kita datang berjalan ke arah Allah, sesungguhnya Dia akan datang berlari ke arah kita.
Hamba Allah yang sentiasa lemah, dan memerlukan pertolonganNya.
Allah is the most powerful. If He wants something to happen, He can do it easily. So, let’s put our strong faith and trust in Allah,surely He will help us, anywhere and everywhere.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.