Gaya Hidup

Nilai Sekeping Hati (Siri 2)

Oleh Wan Zuriati Wan Jusoh  •  2 Mar 2019  •  4 min baca

(Sambungan artikel Nilai Sekeping Hati)

Petanda hati yang sakit ialah :

#1- Malas Dalam Beribadah

Hari ini lihat diri kita sendiri sejauh mana ibadah yang kita lakukan kerana Allah? Berapa banyak ibadah yang kita lakukan daripada perkara sia-sia yang kita kerjakan?

Hati yang sakit akan sentiasa malas dalam beribadah dan sentiasa mencari alasan untuk meninggalkan ibadah.

Mereka yang mempunyai hati yang sakit juga akan merasakan ibadah dan ketaatan kepada Allah adalah suatu kesukaran serta kepayahan dan menganggap ibadah adalah suatu bebanan

#2- Berada Di Dalam Maksiat Dan Dosa

Orang yang hatinya sakit sentiasa bergelumang di dalam dosa dan maksiat kepada Allah. Dosa dan maksiat kepada Allah akan dianggap biasa.

Bahkan tidak timbul sedikitpun rasa penyesalan dan juga rasa bersalah di dalam hati apabila membuat sesuatu yang berlawanan dengan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Pernah berada di dalam dosa dan maksiat tidak salah, tetapi terus-terusan berada di dalam dosa dan maksiat walaupun telah diberi peluang untuk bertaubat, itulah yang salah. Mari sama-sama kita selami kaedah penyucian hati ini:

#4- Sentiasa Melahirkan Rasa Kecintaan Kepada Allah

Tanam di dalam diri kita perasaan cinta kepada Allah. Lihatlah segala kebesaran dan kenikmatan yang telah diberikan oleh Allah kepada kita yang tidak pernah terhitung ini.

Allah sentiasa memberikan dan mengurniakan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Syukuri dan nikmati keagungan Allah walaupun melalui musibah.

Lihatlah alam ciptaan Allah dan lihatlah diri kita sendiri serta apa yang telah ada bersama-sama kita semuanya adalah kerana Allah yang Maha pengasih dan Maha Penyayang yang menganugerahkan segalanya kepada kita.

#5- Selalu Berdampingan Dengan Kalam Allah (Al-Quran)

Ibnu Mas’ud R.A berkata;

“Sesiapa yang ingin mengetahui apakah ia kasih kepada Allah atau tidak, hadapkan dirinya kepada Al Quran. Jika ia kasih kepada al-quran, itu maknanya ia kasih kepada Allah kerana al quran adalah Kalam Allah”

Lapangkanlah sedikit masa untuk membaca dan memahami al quran. Mulakan lah langkah untuk membaca al quran walau sedikit demi sedikit.

Al quran adalah surat cinta daripada allah yang mempunyai berbagai hikmah dan pengajaran buat kita. Membaca al quran memberi ketenangan dan kebahagiaan di dalam diri.

#6- Berzikir Mengingati Allah

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan berzikirlah engkau semua kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya supaya engkau semua berbahagia”Surah al Jumuah :10

Kemudian, Nabi Muhammad S.A.W pula bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati”Hadis Riwayat Muslim

Allah sentiasa menerima taubat dan penyesalan hamba-hambaNya secara terbuka. Allah tidak pernah merasa bosan untuk mendengar taubat hambaNya.

Walaupun telah berkali-kali pun kita melakukan dosa dan maksiat yang sama selagi kita mempunyai keinginan dan juga semangat untuk berubah menjadi yang lebih baik.

Kenapa hati menjadi sakit? Diterangkan di dalam al Quran mengenai orang-orang yang berpenyakit hatinya:

“Orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, disamping kekafirannya yang telah ada dan mereka mati dalam keadaan kafir”Surah at Taubah : 125

Hati menjadi sakit adalah kerana dosa dan maksiat yang dilakukan. Apabila kita meninggalkan suruhan Allah dan mengerjakan larangan Allah.

Mengabaikan hak-hak Allah dan juga hak-hak sesama manusia. Segala kewajipan yang diperintahkan oleh Allah seperti solat, puasa,zakat dan haji tidak dipedulikan.

Malah merasa bangga dengan maksiat yang dilakukan. Dosa dan maksiat dipamer-pamerkan tanpa adanya rasa segan silu terhadap dosa yang dilakukan.

Begitu halnya dengan hak sesama manusia. Mengabaikan dan mengambil hak orang lain.

Mereka meletakkan kesakitan ke dalam hati-hati saudara sendiri dengan sentiasa bersangka buruk, mencaci, menghina kepada sesama saudara sedangkan betapa Allah mementingkan hak-hak persaudaraan sesama manusia.

Akhirnya ingatlah apapun yang kita lakukan di dunia ini semuanya tidak akan terlepas daripada pandangan dan pembalasan Allah kelak sama ada baik mahupun buruk. Allah berfirman yang bermaksud:

“Hari yang padanya harta dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, kecuali orang-orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera”Surah asy-Syuara’ : 88-89

Jika kita melakukan kebaikan maka kebaikanlah yang akan datang kepada kita malah kebaikan yang datang itu berlipat-lipat kali gandanya dengan yang kita lakukan.

Dan sesiapa yang melakukan keburukan dan kejahatan, maka keburukan dan kejahatan lah yang akan menimpa mereka

“Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredhai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina”Surah al ahzab:57

Baca juga:
Nilai Sekeping Hati (Siri 1)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Wan Zuriati Wan Jusoh

Merupakan anak kelahiran Kelantan Darul Naim. Telah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Antropologi Dan Dakwah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Berminat di dalam pembacaan buku pelbagai genre dan turut aktif di dalam bidang penulisan dan kini sedang bergelar sebagai seorang pendidik di Maahad Tahfiz Al-Hashimi Kuala Krai Kelantan.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami