Dalam kehidupan ini, kita mempunyai matlamat utama – iaitu membuat Allah redha. Untuk mencapai redha, maka tidak dapat tidak kita perlu menuruti segala yang telah Allah perintahkan ke atas kita. Apabila kita telah berusaha untuk memenuhi segala kehendak Allah, bagaimana pula untuk tahu bahawa Allah redha kepada kita? Berikut antaranya:
1. Allah akan memudahkan jalan untuk melakukan kebaikan.
2. Berasa mudah dan ringan untuk melakukan kebaikan.
3. Dosa terasa pahit dan menyesakkan jiwa.
4. Rasa cepat untuk bertaubat apabila melakukan dosa.
5. Sentiasa berasa kebaikan Allah ada di mana-mana.
6. Rasa hidup diberkati.
Setiap hari kita perlu cuba untuk memperbaiki hubungan dengan Allah contohnya memperbaiki kualiti ibadah wajib dan juga sunat seperti solat, kualiti hubungan dengan orang di sekeliling, tanggungjawab yang ada dan sebagainya. Mulalah dengan niat, kerana sesunggunya jika kita mempunyai sekelumit kebaikan dalam hati, maka Allah akan memberikan balasan yang lebih baik.

