Oleh Natirah Azira • 18 Feb 2019
Video kali ini disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan tentang seorang lelaki bernama Robert Davila.
Beliau merupakan seorang lelaki yang lumpuh badannya dari tengkuk ke bawah dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.
Selama beliau sakit, beliau mula membaca dan mengkaji tentang agama-agama yang wujud di dunia. Pada tahun 2011, 10 tahun selepas kemalangan yang membuatnya lumpuh berlaku, beliau bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan akhirnya memeluk Islam.
Apa yang membuatnya tenang sekali mengharungi ujian yang menimpa adalah apabila beliau hadir ke masjid untuk solat walaupun dalam keadaan lumpuh. Katanya, itulah saat paling tenang pernah dirasakan.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.