Ibadah

Orang Yang Bertaubat, Mereka Seperti Orang Yang Tidak Pernah Melakukan Dosa

Oleh Natirah Azira  •  13 Feb 2019

Umat Islam melakukan dosa setiap saat, setiap masa dan setiap hari, namun Allah mengatakan bahawa Allah akan mengampunkan. Tidak kira apa dosa yang telah dibuat – minum arak, berzina, meniggalkan solat, Allah tetap akan mengampunkan selagi mana mereka bertaubat. Pengampunan sentiasa ada buat mereka yang berdosa.

Usah biarkan masa lampau menghantui anda. Senyumlah kerana menyedari hakikat bahawa kita ada Allah yang sangat pemurah dan berkuasa mengampunkan.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa:

“التائب من الذنب كمن لا ذنب له”

Maksudnya: “Orang-orang yang bertaubat dari kalangan mereka yang berdosa, mereka seolah-olah tidak pernah melakukan dosa”

Jangan sesekali berfikir bahawa Allah tidak akan mengampunkan. Apa yang perlu difikirkan ialah – adakah kita mahu terus istiqamah melakukan taubat.

Sumber video: IlovUAllah


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami