Ibadah

Dua Sebutan Yang Ringan Di Lidah Tetapi Berat Di Timbangan Amal

Oleh Natirah Azira  •  8 Feb 2019

Antara perkara yang dapat menghubungkan kita dengan Allah ialah zikir. Namun dalam sela-sela masa lapang yang kita ada, ramai yang lebih memilih untuk mendengar lagu, ‘bermain telefon’ atau hanya sekadar duduk melangut tanpa berbuat apa-apa.

Dalam video ini, Mufti Menk mengingatkan kita semua tentang satu hadis yang mengandungi hal yang sangat mudah dilakukan, yang sangat disukai Allah dan ganjarannya sangat besar di timbangan amal kelak.

Dari Abu Hurairah R.anhu, ia berkata, Nabi SAW bersabda,

كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِى الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

“Dua kalimat yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan diucapkan di lisan, namun berat dalam timbangan (amalan) iaitu subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘azhim (Maha Suci Allah, segala pujian untuk-Nya. Maha Suci Allah Yang Maha Mulia).” (HR. Bukhari, no. 7563 dan Muslim, no. 2694)

Bagi menjadikan suatu amal yang baru dilakukan itu rutin, maka kita perlu mengulang-ulangnya, barulah ia menjadi kebiasaan yang janggal jika ditinggalkan. Marilah kita mengisi masa terluang yang ada dengan mengingati Allah. Semoga ianya dapat membantu memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak.

“Subhanallahi wa bihamdihi, Subhanallahil Adzhim”

Sumber: TheProphetsPath


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami