Oleh BroSyarief • 6 Feb 2019 • 2 min baca
Abu Hurayrah – radhiyallaahu ‘anhu – menyebutkan bahawa Nabi – sallallaahu ‘alaihi wa sallam – pernah berpesan,
إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلاَ يَقُلِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ
“Apabila salah seorang daripada kalian berdoa, janganlah menyebutkan, ‘Ya Allah, ampunkan aku *jika Engkau Mahu* ( In Sya Allah)!
وَلَكِنْ لِيَعْزِمِ الْمَسْأَلَةَ وَلْيُعَظِّمِ الرَّغْبَةَ
Tetapi hendaklah dia teguh (yakin) dan menunjukkan pengharapan tinggi pada permintaannya.
فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يَتَعَاظَمُهُ شَىْءٌ أَعْطَاهُ
Ini kerana, tiada urusan yang terlalu besar (sehingga sukar) untuk Allah menunaikannya!” (HR Muslim)
Al-Mubārakfuri (w.1414H) menukilkan kata-kata al-Baji (w.474H) berkait hadis di atas dengan lafaz yang sedikit berbeza di dalam Misykat al-Masobih, di mana dia menyebutkan,
معنى الحديث لا يشترط مشيئة باللفظ، فإن ذلك أمر معلوم متيقن إنه لا يغفر إلا أن يشاء ولا يصح غير هذا،
‘Maksud hadis tersebut (ialah) tidak disyaratkan (menyebutkan) tentang kemahuan (Allah) dengan melafazkannya (ketika berdoa).
Ini kerana ia merupakan perkara yang diketahui dengan penuh keyakinan bahawa Allah tidak akan mengampunkan kecuali jika Dia menginginkannya, dan ia tidak akan berlaku sebaliknya.
فلا معنى لاشتراط المشيئة لأنها إنما تشترط فيمن يصح منه أن يفعل دون أن يشاء بالإكراه وغيره مما تنزه الله سبحانه عنه.
Jadi, tiada keperluan untuk mensyaratkan (menyebut tentang) kemahuan Allah.
Ini kerana (menyebutkan tentang kemahuan itu) hanya sesuai untuk orang yang boleh melakukan sesuatu dalam keadaan dia tidak menginginkannya, (iaitu) secara paksaan atau (dengan) cara-cara lain, sedangkan Allah maha Suci dari sifat-sifat kekurangan tersebut.
وقد بين ذلك صلى الله عليه وسلم في آخر الحديث بقوله “فإنه لا مكره له” – انتهى
Disebabkan itu, Nabi – sallallaahu ‘alaihi wa sallam – menjelaskan di hujung hadis tersebut dengan mengatakan, ‘Ini kerana (bagi Allah), tiada yang (mampu) memaksaNya’!
[Mir’ah al-Mafātīh Syarh Misykat al-Masobih]
__
#NotaTerjemahanBroSyarief
#BroSyariefShares
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.