Gaya Hidup

Kenapa Suka Makan Makanan Manis Bila Stres?

Oleh Natirah Azira  •  20 Jan 2019  •  3 min baca

Ramai orang sukakan makanan manis apabila stres seperti ais krim, coklat dan kek. Anda juga pasti pernah mengalaminya. Tabiat makan apabila stres dalam Bahasa Inggeris dipanggil ‘comfort eating’ atau ‘stress eating’. Ia suatu tabiat yang dilakukan bagi menjadikan diri berasa selesa semula selepas mengalami tekanan.

Sememangnya ada perkaitan antara tabiat makan dan stres tetapi mengikut pakar psikologi, Susan Albers, tabiat ini agak berbeza bagi setiap orang.

Apabila stres menyerang, sebahagian orang hilang selera untuk makan kerana perhatian dan fokus mereka tertumpu kepada masalah yang ingin diselesaikan.

Contohnya ada yang tenggelam dalam kerja dari awal pagi dan apabila lewat petang, apabila kerja telah reda, barulah perut terasa benar-benar lapar.

Ada pula yang cenderung untuk makan apabila berasa stres. Ini merupakan salah satu cara untuk mengalihkan perhatian kepada perkara yang boleh mengurangkan perasaan tertekan. Cara yang paling mudah, pastilah makan!

Apabila stres, badan akan mengeluarkan hormon yang dipanggil ‘kortisol’ bagi mengaktikan sistem ‘fight-or-flight’ di dalam badan. Ia ibarat suis yang akan membolehkan anda mengambil tindakan segera contohnya apabila diancam bahaya.

Biasanya apabila stres telah berlalu – projek besar telah selesai, peperiksaan telah berakhir – hormon stres dalam badan akan mula menurun. Tetapi jika perasaan stres masih tidak hilang, kandungan kortisol yang masih tinggi dalam badan akan menjadikan selera makan kekal aktif.

Kortisol akan membuatkan anda inginkan makanan manis, masin dan juga makanan yang berlemak. Ini kerana, otak anda berfikir bahawa badan memerlukan ‘tenaga’ untuk melawan hal-hal yang membuatkan anda stres. Natijahnya, ramai orang yang terperangkap dalam cycle (putaran) yang tidak sihat.

Stres – makan – stres (kerana banyak makan) – makan lagi

JIka tidak disedari dan dicegah dari awal, maka anda akan mudah terjatuh ke dalam perangkap obesiti.

Stres juga dapat memperlahankan metabolism badan. Dalam satu kajian yang dilakukan – wanita yang mengalami satu atau dua tekanan seperti masalah kerja, anak-anak, perselisihan faham dengan rakan sekerja atau pasangan mencatatkan pembakaran kalori yang lebih rendah setelah mengambil hidangan tinggi kalori dalam tempoh 24 jam berbanding wanita yang tidak mengalami apa-apa tekanan.

Jadi bagaimana untuk mengawalnya?

Stres kadang-kadang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan seharian. Cara yang lebih baik ialah dengan menyedari punca-punca yang dapat membuatkan anda cepat stres, serta tabiat yang anda lakukan ketika mengalami stres.

Jika anda cenderung untuk melakukan ‘comfort eating’ dan mengambil makanan yang tidak sihat (makanan segera) semasa stres, maka sediakan terlebih dahulu snek yang sihat seperti salad, yogurt dan jus. Menurut Dr Albers, anda juga boleh sediakan ‘stress ball’ di atas meja kerja. Anda dapat bermain dengannya bagi mengawal perasaan cemas setiap kali berasa stres.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami