“Ayah, Qadeejah tengok orang yang ayah peluk semua menangis. Kenapa ye ayah? Sebab Allah sayang kita menangis ye?”
Saya berkata kepadanya
“Qadeejah sayang nak peluk ayah lama-lama pun boleh, mari peluk ayah kuat-kuat. Tapi nanti Qadeejah menangis juga.”
Anak kecil saya berkata lagi;
”Kasihan ayah penat biar Qadeejah tolong ayah ye buat dakwah. Nanti biar seluruh Malaysia dan dunia ini cinta dan sayang pada Allah.”
Sayangilah dan kasihilah anak-anak kita. Berilah masa berbual, bergurau dan mendidik mereka. Mari kita bersama isteri dan anak-anak dengan perasaan cinta.
Saya berbual dengan seorang anak umur 12 tahun yang tidak pedulikan semua orang. Ibunya meminta saya nasihatkannya kerana dia cuma main Ipad dan handphone. Dia juga suka menipu dan memukul orang kata ibunya dan guru-gurunya.
Selepas satu sesi ceramah mengenai kisah anak-anak sahabat R.H.U.M. Saya lihat dia menangis. Juga masa berdoa bersamanya dia menangis.
Saya menggunakan peluang itu berbual dengannya. Sehinggalah saya bertanya cita-citanya? Saya bertanya sayang mak ayah tak? Katanya kepada saya;
“Ustaz, saya sayang mak ayah saya. Tetapi mereka langsung tidak pedulikan saya. Mereka berdua sibuk dengan handphone. Mereka tidak pernah dengar saya bercerita. Mereka tidak pernah tengok muka saya. Saya suka pegang muka mereka. Mereka marah dan teruskan dengan telefon atau televisyen. Bila diorang balik kerja, sampai rumah dah malam. Bila sampai rumah mereka buka handphone atau tengok tv.”
Anak ini menyambung lagi luahannya;
”Semenjak dahulu lagi bila saya bercakap dengan mereka. Saya kena marah. Saya disuruh ketepi jika saya ganggu mereka. Apa lagi saya nak buat kalau tak main handphone”
Dalam sendu dia berkata lagi;
“Saya main dengan adik-adik, kerana tiada orang nak main dengan adik. Bila adik menangis saya kena marah. Apapun mesti saya salah. Mereka tak sayang saya. Mereka suruh saya tidur. Saya cuma nak berbual dengan mereka sekejap. Saya rindu mak ayah saya. Mereka jerit suruh tidur. Begitulah setiap hari ustaz.”
Dia meneruskan lagi;
“Bangun pagi mereka marah saya. Setiap pagi sebelum pergi sekolah mereka marah saya. Tak pernah saya tak kena marah. Saya disuruh itu. Di suruh ini. Ustaz saya sayang mak ayah saya. Kenapa mak ayah semua macam tu ke? Kawan-kawan saya pun cerita mak ayah mereka begitu. Dah lama macam tu.”
Saya rasa sebak dan nak menangis. Begitulah keadaan kita ibu bapa hari ini. Saya berkata dengannya;
“Adik tahu mak ayah sayang adik. Sayangilah dan doakan mereka. Mereka siang malam fikir pasal adik. Mereka bekerja siang malam untuk adik. Mereka solat dan sentiasa doakan adik.”
“InsyaAllah ustaz saya akan jadi anak yang terbaik. Saya sayang mak ayah saya. Saya faham ceramah ustaz tadi.”
Ya Allah, maafkanlah kami semua. Baiknya anak ini. Saya belajar darinya, semoga adik jadi Daie dan orang hebat insyaAllah.
Betapa cerdik dan matang anak-anak hari ini. Ya Allah, berilah kami dapat hidupkan rumah kami dengan solat, Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. Berikan kami sifat dan akhlak dalam melayan dan mendidik anak-anak kami.
Di akhirat anak yang soleh adalah segala-galanya buat kita. Anak yang diabaikan akan menjadi musuh kita di akhirat. Ya Allah, Islamlah cara dan asbab kejayaan dan kemuliaan mereka dunia dan akhirat.
Ya Allah betapa kami sayang anak kami keranaMu Ya Allah jadikanlah anak-anak kami anak yang soleh dan solehah. Daie, hafiz, alim, profesional yang bertakwa.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.